Tuesday, November 22, 2011

KEK KARAMEL lagi...

Request adik- adik sis Zafrina n Acu @Coklatku8 .. layan... harap berpuashati.. ecehhhh...

Saya ubahsuai utk bahagian karemel kek ini untuk mengurangkan kemanisannya.. untuk bahagian yang lain masih menggunakan resepi dan cara yang asal.. Terima kasih Pn Munira n Anna..


(B) Bahagian Atas(Karamel)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 /2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
  • 1 sudu besar tepung jagung.

KEK KARAMEL
(Sumber Asal : Pn Munira Baharom)
Copy Paste : Anna Qaseh AzZahra

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
  • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  • Sedap dimakan sejuk.
Nota Untuk Saya :
1. suhu 170'C - api atas n bawah - 1 jam 15 minit)
2. Saiz loyang 10" x 10")


16 comments:

  1. sodapp ehh...sy x muak2 lg mkn kek nihhh....kek ni skali hadap jer kami sekuargaa....hhiihih

    ReplyDelete
  2. kek karamel yg sgt sedap dan disukai ramai...sukax2..suka juga warna pink itew..hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya kek karamel akak ni, lembut je kalernya..I like pink colour...

    ReplyDelete
  4. memang tak jemu la makan kek ni...hhehehe..cantik warna pink tu..suka tengok...:)

    ReplyDelete
  5. cantik! tak jemu mata memandang & tak jemu untuk makannya...

    ReplyDelete
  6. Zana, rajinnya la dia eh...maklum cuti sekolah ni eh...santai2 duk rumah...mengajar kat dapur lak la yea...hehehe

    ReplyDelete
  7. as-salam
    sedap betul kek karamel...

    ReplyDelete
  8. kak na ghajennya kalau kita nak ghase dapat tak?

    ReplyDelete
  9. XPUAS HATI!!!!!!!!XCUKUP!!!huhuhu SEDAP..LICIN...heee:) TQ kak long aka mak long MIA...cygggg mak long...MIA pun makan..heheee:P

    ReplyDelete
  10. sane sini org wat kek karamel kan.. mmg sedap makan sejuk2... laju je nak menyuap tu.. heheh...

    ReplyDelete
  11. kak! kite pon tayang kek karamel jugak ni....aduhhhhh! suke betol kek ni...

    ReplyDelete
  12. cantik pink warnanya.Kek karamel sudah semestinya sedap...ramai dah ulang2 buat kek karamel ni...mmg tak puas mkn...sy gak yg baru sekali buat..

    ReplyDelete
  13. alahai bila la pn doc nk wat kek karemel nih..bila nk wat rasa ngeri lak tgk step2nye yg renyah tu..takut x jadi lak..huhuu!

    ReplyDelete
  14. asslam cikgu..waduh!!!..dah banayk kali cikgu buat kek ni..kita juga masih termanggu2 nak buat macam2 versi kek nikan..

    ReplyDelete
  15. salam cikgu..hehehe..
    ape projek cuti sekolah ni..cuti2 mesia dan JJCM repodske..

    ReplyDelete
  16. salam kak..terlepas lg n3 akak..
    akak boh tpg ya kat karamel, saya pernah gak boh, sama je kan rasa dia..
    mggu lps saya buat letak stoberi paste kak, Ya Allah, sedapnya, masa mkn tu rasa mcm gigit aiskrim..baunya semerbak..hehe

    ReplyDelete