Cendawan Goreng Tepung
Cendawan .. beli ntah bila.. kemas2 ujung minggu dlm petiais.. jumpa pulak.. klau nk tunggu next week mesti ke tong sampahlah cendawan ni.. CENDAWAN GORENG TEPUNG
Bahan-bahan A
4 sb tepung gandum
4 sb tepung beras
1 sk tepung jagung
2 sk serbuk kari
sedikit serbuk lada putih
1 sk garam
Bahan B
Cendawan tiram secukupnya
1 biji telur
Cara-cara
1. Gaul semua bahan A hingga sebati.
2. Satukan bahan B dan gaul rata
3. Masukkan satu persatu bahan B dalam tepung(A) sehingga semua permukaan cendawan diselaputi tepung. Buatlah sehingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng lah cendawan sehingga kekuningan. Minyak hendaklah betul2 panas supaya cendawan tidak menyerap minyak.
selalu makan kat kedai je. tak pernah pun buat sendiri
ReplyDeleteEmm best ni. Kalau terus makan masa rangup2 tu lagi sedap.. Kak Zana, dalam sibuk2 tu, rajin jugak bersilat kat dapur heheheh...
ReplyDeletesedap giler..mengancam bangat..mesti rangup kan..
ReplyDelete