Sunday, March 13, 2011

CHOCOLATE CUP CAKES

Mood cuti.. walaupun esok (Isnin) akan mengikuti lawatan pelajar ke ALAM Melaka, Selasa & Rabu ada kelas tambahan di sekolah.. nampak gayanya cuti sekolah kali ni tak dapat lah nak berlegar jauh.. Adik balik semalam n kebetulan adik sibuk menyiapkan tempahan hantaran coklat n cupcake utk kwnnya di pt sulong.. so dapatlah kak long ni kacau2 lebihan cake n buttercream tu.. Inilah Hasil kacau2 adik Hanya Coklatku mendeco... Resepi kek coklat oleh Zaimma Nor Masri yang di CP dari dapaur Kak Ummi Home Sweet Home.. terima kasih Zaiima & kak ummi kerana berkongsi resepi. Untuk buttercream .. resepi dari tauke kek Sweetlilly Kitchen.. TqNina..
KEK COKLAT LEMBAB KUKUS ZAIIMA
(Sumber CP : Home Sweet Home)
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko -
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate(*x letak jugak )
  • 3 biji telur

Cara-Cara:

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (Maz bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) (*akak bakar je mcm biasa selepas letak dlm acuan-acuan cupcakes selama 15 minit, pada suhu 170C) ... mcm kak ummi...

BUTTER CREAM

(Sumber : Sweeetlilly Kitchen)

Bahan2

250 gm butter

250 gm krimwell

150 gm gula aising(ayak)

1/2 tin susu pekat- boleh kurangkan..

Cara

1. putar butter,krimwell dan gula hingga putih

2. Masukkan susu pekat, putar lagi hingga berkilat dan putih.

3. Pewarna ikut cita rasa

6 comments:

  1. mcm nak mengupcake lak rasanya nih kak..aduh..byknya dlm list nih..

    ReplyDelete
  2. Cun & sweet lah cc Zana..bila lah Hawa nk deco cc mcm Zana nih... Rajin ah!!!

    ReplyDelete
  3. to knor.. mula2 sy tak suke juga kak kaler2 pink ni.. lama2 jadi suke pulak..

    to hasue.. list menu tak pe sue jgn list utang.. hikhikhik

    to mama.. jom mama.. sy kdg2 jer rajin.. klau nk hitung malas lebih byk dr rajin..

    ReplyDelete
  4. salam..kak..krimwell tu pe ye..maafla buto sket bab deco cupcakes ni

    ReplyDelete
  5. Dah cuba kak..tq!sedapppp

    http://sue-hasue.blogspot.com/2011/03/resepi-chocolate-cup-cakes.html

    ReplyDelete