Tuesday, January 11, 2011

PUDING ROTI SOS VANILLA

Jangan marah!.. N3 puding roti lagi.. ini lebihan roti semasa membuat aiskrim roti goreng hari tu.. petang ni nak goreng aiskrim pulak.. jgn marah lagi.. hihihi.. dirumah ni puding roti memang tak pernah menolak.. kali ni saya mencuba resepi dari dapur Alam Sari..Sari kata rspi ni dari E-na.. terimakasih Sari n E-na berkongsi resepi.. akak C&P resepi di sini.. untuk sos vanila tu sama pulak rspi di dapur Catlina.. tq juga utk cat yg berjaya mengoda akk dengan lelahan sos atas puding rotinya itu...

Puding Roti Sos Vanila
Sumber: E-na
Bahan-bahan ( 1 happy family )

* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)


* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang

sebelum di bakar
dah masak..

6 comments:

  1. argh tidakkkkk!!!! roti dgn tepung kastard je tak de....

    ReplyDelete
  2. sedap btol akak nye resepi ni suka3. terima kasih ya kak.

    ReplyDelete
  3. mohon share ye kak resepi nye.. nampak sedap lelehan sos tu.. inshaallah akan cuba buat..

    ReplyDelete
  4. Kk..puding roti ni kalau kukus bleh ke?

    ReplyDelete