Wednesday, January 5, 2011

Kuih Bakar Pandan

Hijauuuuu... saya suka warna hijau...hikhikhik.. dah lama saya tak buat kuih kegemaran keluarga ni.. buat semalam utntuk makan2 sambil menghilangkan stress.. bila dah mula bersekolah .. aktiviti memasak agak terbatas.. awal2 persekolahan memang sibuk dengan mesyuarat n latihan rumah sukan.. sarapan pagi dan makan tengahari..ikut kesempatan..
Resepi kuih bakar ni juga boleh dapat di SINI..(MYR)

Kuih Bakar Pandan
Sumber : Inspirasiku
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..


6 comments:

  1. salam kak zana, sedapnya kuih ni...lum pernah buat lagi tapi dulu selalu mkn MIL rajin buat menantu lak rajin mkn...kihkihkih...btw cun colour kuih akk ni...terliurla pulak...:)

    ReplyDelete
  2. salam kak zana,lama tak makan kuih bakar..sedapnya...bookmarked..nanti try!

    ReplyDelete
  3. mmm wangi jek bau kuih bakar pandan ni.. selalau gak wat tapi jarang letak bijan he he he bab jarang ader stok bijan.. join kak...

    ReplyDelete
  4. wah..balik kg leh try ni..mesti meletup..jgn meletup oven sudah..haha

    ReplyDelete
  5. Salam.. Kak Dzana, kuih ni favourtie mak Nur.. Isk cepatnya dah latihan sukan.. Kami baru je meeting rmh sukan tadi.. :) Sukan sampai bulan Jun kan kak.. Lama betul..

    ReplyDelete
  6. ~ mmg best kuih nie ... slalu gak wt .. sempat simpan tuk esOk .. da licin .. ^_^

    ReplyDelete