Wednesday, August 25, 2010

Yong Tau Fo

Puasa2 ni kalau banyak merayau ke dapur kaki2 masak.. maka byk lah yg teringin nak makan... kali ni teringin nk makan YTF pulak... kalau tak silap mula2 tu nmpk kt dapur dik ika bangkok selepas tu kat dapur maz... resepi di CP dari dapur Maz.. sumber dari MYR.. tq semua...

Sumber Resipi : Minami Myr
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering -
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula (kalau kurang manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit kicap manis -

Cara-cara

1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Setelah garing angkat dan kisar dengan sedikit air.

2.Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

3.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

4.Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


sayur bak coy goreng sos tiram..

No comments:

Post a Comment