Wednesday, June 23, 2010

BILIK BUNGA RAYA 1

Alkisah peristiwa yang berlaku pada 19 Jun... kami adik beradik berhimpun sekali lagi di bilik ini.. selepas bersuka ria di regency resort bbrpa hari lepas.huuuu... ada agenda yg dirancang dan berjln dgn baik... tapi ada juga agenda yg tak dirancang n kene diuruskan dengan sebaik2nya... begitulah kehidupan .. SyukurAlhamdullilah kami adik bradik dpt menguruskan abah dengan sebaik mungkin...
Wad kelas 1 dua katil diHosp Batu Pahat.. ada kemudahan aircond.. tetapi malangnya tidakberfungsi... panazzzz... sebelum abah menjalani operation...

harike 3..bselera makan...ingat bah pantang tuh...
menu hospital..sayur labu air tumis, ikan merah msk tauchu, sayur kacng panjang goreng..
anak2 n cucu abah yg seirama... Ucapan Jutaan Terima Kasih dari kami sekelurga untuk semua staff n doktor yang bertugas di Wad 8 Hospital Batu Pahat.. Jasa n budi baik tuan dalam kenangan..Terima Kasih..

Saturday, June 19, 2010

Muffin Prune

Breakfast hari ni... rspi dari dapur Rinnchan.. saya suke muffin ni sebab tak berapa manis ..n penyedaiaannya tak mengambil masa yang lama... saya dapat 10 cup untuk adunan ni..
adik bradik muffin yg lain...
MUFFIN PRUNE
Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar
60g butter, dicairkan
130g pitted prunes, dihiris kasar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min
.


Homemade Cendol

kenapa nk buat sendiri... beli jer senang.. ayat biasa yang selalu saya dengar... sejak bergeng dengan blogger2 kaki masak ni.. semangat jadi lain.. walaupun semuanya boleh dibeli dengan mudah.. hati hati mcm rela nak buat sendiri.. jadi ke tak jd itu cerita lain.. penat ke tak penat pun cerita lain.. walaupun 'kejab ada, kejab takde' .. bila ada masa dapur2 kwan tetap kene geledah.. .. yang penting memang rasa puas n gembira bila yg 'dikerjakan' tu menjadi n dinikmati seisi keluarga.. kalau tak percaya.. cubalahhh...

petang semalam.. walaupun dlm keadaan berbisolddddddd.... hati ni tetap gigih nk buat cendol sendiri... nah.. ini hasilnya terimakasih untuk bdaria di Jurnal resepi bdaria kerana berkongsi rspi ini.. akak minta izin CP..
HOMEMADE CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air
cendol plus cincau ais...

Friday, June 18, 2010

Cheese Bun Bergula.

teringin nk buat roti pulak.... tepung roti tak da stok so.. layan tepung gandum jer.. hasilnya tetap memuaskan..
tekstur roti..
bakar 170.. 20 minit...
resepi .. semua msuk dlm BM tekan 'on'

Ikan Selar Goreng Asam

Mood masak2 masih sejuk lagi.. la ni mood melayan bisol di tutttt n ketumbit di mata... hahaha .. ambik ngko... cuti kali ni ni byk melayan mood sakit .. sebelum ke PD dah merasa demam.. balik PD ... huuuuu.... masak sempoi jer.. coz dah tau nk makan ape bila keluar mkn.. KFC.. Pizza.. oh no... hujung minggu pulak melayan bryani jemputan sana sini...

sekali2 mask cam ni okey jugak.. ikan goreng.. bwg besar, bwg putih, halia, lada merah, lada cili semua dihiris .. halia dititik .. tumis hingga naik bau n masukkan air asam.. rasakan garam n gula .. last masukkan tomato n ikan .. siappp...
kangkung goreng

Friday, June 11, 2010

KEK KAROT

Resepi hasil tinjauan dari dapur Maklang Azie.. di Maklang's Bakery.. kek yang mudah penyediaannya.. bersaiz besar n manis.. tq maklang azie.. (untuk ingatan saya.. kene kurangkan gula n buat separuh adunan jer.. )

KEK KAROT SHIELA
sumber : Rnet

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum }
1 1/2 tsp baking powder }
1 1/2 tsp baking soda } diayak bersama
1 tsp garam }
2 tsp serbuk kulit kayu manis }
375 gm gula halus (mklang campur ngan brown sugar, kemanisan sesedap rasa)
4 biji telur
4 cawan karot (di sagat & diperah sedikit airnya)
3/4 cawan walnut (dipotong kecil)
1 1/2 cawan minyak masak/jagung


Cara membuat :
-Pukul telur perlahan2 dan masukkan gula. Pukul sehingga kembang
-Masukkan minyak, karot dan walnut dan dikacau perlahan
-Akhir sekali, masukkan tepung
-Bakar pada suhu 165 C sehingga masak (+- 1 jam)

Icing cikgu sue ( ni wajib buat baru ngam dgn cake carrot)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar


beat all ingredients till light and fluffy


Thursday, June 10, 2010

Marking oh markinggggggggggg...

Cuti pertengahan penggal bermula sudahhh... kwn2 lain tentu dah berjln jauh.. huuuu.. sy masih berkubang dgn skrip2.. malangnya kali ni paper ekonomi stat pada 3 n 4 jun.. so masa cuti ni lah kene kerjakan .. 100 skrip X 9 esei = 900 esei mesti dibereskan seblm back to school... dah 3 hari berumah di sekolah.. kemaskini fail, kemas meja n mesyuarat.. ARGGGGGG.... memang tension kaw2 punya.. byk plan yg tak belum menjadi.. masak, baking, kemas rumah, kemas gobok baju, jahit baju... huuuu... harap2 jumaat(esok) semua kerja2 ni beres...

Thursday, June 3, 2010

Fruit Tartlet

Projek 2 hari lepas.. saja2 nak melayan tekak yg nak makan menda tak tentu arah ni..
Resepi doh pastri dari Rinnchan n krim kastard dari noreen...

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

*Resepi asal separuh drp resepi di atas, che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.


Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara2.. satukan semua bahan kecuali mentega , masak atas api perlahan hingga pekat , matikan api n masukan mentega , kacau rata.