Saturday, March 20, 2010

Daging Blackpepper..

Masak2 sempoi hujung minggu..menghabiskan baki2 stok yang ada.. sblm balik kg.. esok tentu dapur tak berasap...tak tau bila nak berasap balik.. bila dah mula sekolah.. sekali sekala jer dapur ni dapat berasap.. tu pun setakat goreng telur jer.. daging blackpeper resepi dari dapur knor juga hana.. tak ingat yang mana dulu.. hihihi.. tak kisahlah.. yang pasti kedua2nya mmg sentiasa hangat dengan pelbagai resepi.. tak pernah kering idea.. TQ knor n hana...

Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
* saya tambah 2 biji kentang potong wedges- digoreng..

Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


5 comments:

  1. SALAM,
    SAYA BARU JE MULA KLIK2 KAT BLOG NIH...
    SAYA JARANG MASAK TAPI SUKA MAKAN...
    LOVE FOODS VERY MUCH...
    BILA TGK BLOG NI SENTIASA JADI LAPAR....
    BEST TENGOK MAKANAN YANG BEST HASIL DARI DAPUR RUMAH...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Zana,
    Cedapppnye daging blackpepper tuh... cuti2 dah habis ye kak... lepas ni busy semula lah kan.
    ijan

    ReplyDelete
  3. malam tadi pun saya masak kicap tapi buh sunkist sikit

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Program Kebajikan Ummah. Rezeki Baru Anda.
    http://www.marhaban2u.com/?ref=3403

    ReplyDelete