Saturday, December 19, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat

Dessert lagi....... resepi dari dapur K Zai Teratak Impian.... versi malas.. 2 lapis jer..

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair
5 sudu bear gula3 biji telor gred
A1 sudu kecil esen vanila
(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panasatau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu
Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam bekas yang sesuai. Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.
Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

3 comments:

  1. Salam kak Zana,
    wah, puding karamel...!
    dah bawa pinggan ni. saya suka puding macam ni. hihi

    ReplyDelete
  2. Cedappnye puding karamel lapis tue.. lapis dua pun takpe...kite tak kesah.hehe.. :)
    psst, kerap tukor langsir. Stok raya tak habes ke? hehe

    ReplyDelete
  3. tak yah komen ape lah :) WOW! ..je..hihihi..duk bincang2 dgn cg fly, akan diusahakan juga jumpe akak sebelum 1.1.10!..akak free tak petang2 lepas kul 5?nti sy contact k..kalo akak tak kisah kami dtg petang lah :)

    ReplyDelete