projek di minggu serangan 'be sold' ari tuh ...pinjam word kak zie ni... saja nak letak rspi untuk rujukan akan dtg n dikongsi bersama kwn2... rspi dr MYR oleh zaliana... minta halal n izin C n P rspi disini .. smga pahala berpanjangan...amin
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff
Uish dah lama tak buat ...budak2 tu tak berapa suka sebab hanyir..ada tips tak..tak nak kasi hanyir!!
ReplyDeleteha yg ni pun dah lame tak buat.sy pun kalau buat cream puff suke pakai resipi dr k za kat myr ni...2/3 x juga dah buat cream puff ni,pakai resipi ni jugak.mmg dah puas hati...
ReplyDelete2/3 hari mmg dah teragak2 nak buat cream puff ni tapi agaknye belum sampai seru.nampak kat umah k zana ni,mcm pembakar semangat pulaknye...eheheee