Saturday, September 12, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai


Ayam Goreng Berempah Serai kredit to Love.. copy dari dapur Hana....

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
7 ulas bawang merah~ ditumbuk
2 inci halia~ ditumbuk
2 batang serai~ ditumbuk
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye .. tak letak
3 tangkai daun kari
Minyak utk menggoreng

Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja

No comments:

Post a Comment