Dangai lagi.. buat sabtu lepas.. anto laporan jer nih.. dah abis pun.. TQ kak fida n hana... resepi n langkah2 ada d My Resepi n CP ni kak fida.. TQ again..
Bahan-bahan
150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
1/2 sk garam
30 g air
100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
30 g kelapa parut putih*
Cara-cara
1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
3. Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.
4. Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.
Dah lama tak makan kuih dangai ni.. Kali terakhir makan masa tinggal dengan ibu di kampung..masa tu masih remaja..belum kawin pun..hehehe
ReplyDelete