Saturday, April 11, 2009

Puding Laici Dangdut...

Rspi dari dapur kak ummi.... terliur bila mdengar hana bercerita tentang keenakan mkn puding ni di rmh kak ummi..mmg sedapppp pun...TQ kak ummi n kak hanieliza kerana berkongsi rspi..

Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

1 comment:

  1. salam kak zana...sedap sgt ke puding ni..??teringin la nak buat..tp mood xde..boleh oder x?

    ReplyDelete