Saturday, April 18, 2009

Potato Wedges

kihkihkih.. satu lagi hasil hari ini.. untuk minum petang ...lagi byk keje lagi tinggilah nafsu tekak nih..mcm2 nak mkn... buat keje mghadap laptop.. sambil mnyelam minum air sikit2... faham2 jer lah..

wedges yang sedapp..TQ noorsha..berkongsi rspi.. rspi copy paste dari dapur noorsha

Bahan²
2 biji kentang - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( tak letak...)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara²
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis..

No comments:

Post a Comment