Sunday, March 25, 2012

MEE HONGKONG

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera... macam rajin pulak hari ini semata2 bangun pagi (kul 5.00am) untuk mengemaskini maklumat permohonan UPU Aimman.. selepas gagal menembusi web tersebut semalam ... Ini pula aktiviti menambah berat badan di hari sabtu malam ahad .. mungkin sebahagian  kesan bila mengambil vitamin B utk aktif women.. bila tak aktif berkerja mulalah perut ni aktif meminta2 kerja... pengajarannya bila tak ke sekolah tu tak perlulah  menelan byk2 vitamin agaknya..

Kelantang-kelentung jam 9 malam.. ini lah hasilnya.. akhirnya dapat menghirup kuah mee hongkong.. tak taulah apa sejarah nama mee ini.. bila oder di kedai..  lebihkurang beginilah rupa mee yg dihantar.. tapi saya rasa mee hongkong saya lagi kelass.. baik dari sudut persembahan dan rasa... hahahaha... sesi puji-pujian jap.. saya guna bahan yg seadanya di peti ais almaklumlah menu yang tiada pelan strategik canggih.

MEE HONGKONG
(oleh : INSPIRASIKU)

Bahan2
1 mangkuk kecil mee kuning
2 biji telur dikocok + sedikit garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan2 kuah
2 biji bawang putih - diketuk/hiris2
1/2 biji bawang besar kuning- hiris2
1 sudu besar sos tiram
1 biji lada merah
Sayur2- karot & sawi
Udang/fish ball/ayam jika ada
sedikit serbuk lada sulah
garam/gula mengikut rasa
1 sk tepung jagung(utk memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya - utk kuah

Cara-cara:
1. Satukan mee & telur, gaul rata dan goreng dalam minyak yg telah di panaskan.. api perlahan supaya mee dapat masak rata dan tidak hangus. Angkat & letakan ats pinggan
2.Tumis bawang putih, bawang besar sehingga beraroma.. masukkan sos tiram, gaul rata diikuti udang/ayam/fishball serta karot.Gaul rata  kemudian bolehlah masukan air utk kuah secukupnya.
3.Biarkan kuah mendidih, kemudian masukan hirisan lada dan sawi.
4.Perasakan garam/gula dan lada sulah. Akhir sekali masukan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi.

 

Saturday, March 24, 2012

WALNUT STICKY BUNS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Menu minum petang bersama abah n emak semalam petang.. ada meehoon goreng juga.. lupa nak ambil gambar.. abah dan emak datang  tengok cucunya yang baru tamat PLKN & dapat result SPM..
 Menu dari dapur Table for 2.. saya skip honey n golden syrup  utk sticky glaze nya .. bukan tak de.. tapi konon nak mengurangkan kemanisannya.. kacang pecan saya gantikan walnut yg dah lama terperok dalam peti ais.. masalahnya bila saya skip bahan di atas glaze nya  menjadi cepat keras n agak sukar untuk dikeluarkan dpd loyang... wlaupun tanpa honey n golden syrup..rasanya memang yummmyyyy...  gabungan cinnamon rolls yg sticky ... espcially bila tergigit walnut yang rangup itewww.... 
 Resepi n gambar2 yang menarik boleh  lihat di SINI...  Ini susunan roti  di atas glaze yg telah ditabur walnut cincang..
 sedia utk di bakar... saya guna suhu 150C (FAN).

sedapppp.... terima kasih untuk WindyinnkBlogspot

Wednesday, March 21, 2012

BREAD AND BUTTER PUDDING

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Makan2 yang dah terlepas .. banyak versi  pudding roti sebenarnya.. semuanya kalau cukup roti, susu, telur & gula, susun, kacau,  tuang n bakar pasti menjadi . Saya google jer image puding roti , pilih image yang sedap mata memandang n tgok bahan2 yg digunakan.. jika semua ada or boleh skip  .. on saja...

Recipe for Bread and Butter Pudding
(Source:  http://www.thats-serendipity.com/2009/12/bread-and-butter-pudding-recipe/
Ingredients
  • 6 slices of bread
  • Butter for spreading
  • 2 eggs
  • 1.75 cups milk
  • 0.5 cups raisins
  • 2 Tablespoons sugar
  • 0.5 teaspoons nutmeg
  • 0.5 teaspoons vanila extract
Method:
  1. Preheat oven to 180°C/360°F
  2. Butter the bread and cut each slice into quarters or fingers. You can remove the crusts if you want to however I prefer to leave them on as I like the way they cook up.
  3. In a bowl, beat the milk, eggs, sugar and vanilla extract together.
  4. Place a layer of the buttered bread into the bottom of an oven proof dish
  5. Sprinke with some of the raisins.
  6. Add another layer of bread and then more raisins
  7. Continue until all the bread and raisins have been used.
  8. Gently pour in the milk mixture.
  9. Sprinkle the top with a little nutmeg
  10. Pop it into the oven for approx 40 minutes
  11. It’s ready when the top is golden and the custard has set and a knife comes out clean

Kalau berkuah lagi best ni..tapi  tak sempat nak berkuah pun dah licin.. suke tekturnya yg lembab n lembut jer lalu kt tekak..

Monday, March 19, 2012

APPLE CROSTATA

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera..
 Aktiviti pagi semalam.. melayan epal yang macam tak abis2 di peti ais.. sangat tertarik dengan resepi apple crostata di TREAT & TRICK.. sesiapa yang suke apple pie tak rugi rasanya mencuba resepi ini.. TQ sis berkongsi resepi .. n Congratulations coz resepi ini menjadi  Top 9 FOODBUZZ pada 18 Mac 2012 (The best of 5,971 posts from the Foodbuzz Community, as chosen by our editors and users )


TIPS TO MAKE PERFECT PIE CRUST
(Source: TREAT & TRICK)
It is not difficult to bake one. Here are the tips to make a perfect pie crust:

  1. Butter  and water should be ice cold
  2. Handle the dough as little as possible. Overworking the dough will make it tough. 
  3. Gradually add  enough water to form into a  pliable dough. It must sticks together and not crumbly.
  4. Refrigerate the dough before rolling out 
  5. Prepare the filling 10 minutes  before removing the dough  from the refrigerator.
The following recipe produces a flaky and tender crust that is so easy to handle. It turns out perfectly every time!

APPLE CROSTATA
Yield    :    8 servings
(BY: TREAT & TRICK)
CRUST

2 C all purpose flour
2 tablespoons sugar
1/2 C butter cut into cubes
1/4 tsp salt
4-5  tablespoons ice water

FILLING
3 C peeled apples, sliced 1/4 in thick
2 tsp  lemon juice
6 tablespoons brown sugar
3 tablespoon all purpose flour
1 tablespoon butter to dotMETHOD

Place  flour, sugar  and salt in a mixing bowl.

Using your fingertips,  quickly rub in the butter until  the mixture  resembles bread crumbs.( saya guna Food processor)

Gradually add a tablespoon of ice water at a time, use your fingers to press the crumbs firmly together to form a ball of dough.

Wrap the dough in plastic,  chill for 30 minutes-1 hour.

For filling, combine sliced apples and lemon juice. Add the rest of the ingredients except butter.

Roll out the pastry on floured  board into 14 in circle. Transfer them onto baking sheet. Heat the oven @ 190C.

Mound the filling in center of the dough leaving 2 in border around the edges.

Fold edges of  dough over apple filling, crimp edge slightly. Dot with butter.

Bake until crust  turns golden brown for 30-35 minutes. Cut into wedges and serve warm.


Friday, March 16, 2012

WAJIK PULUT/PULUT KACAU

Assalamualaikum &  Selamat Sejahtera.. 
Ini post berjadual ( @ kuala pilah..... ) 
Ika ini lah rupa wajik akak.. akak hanya membayangkan kalau lah ada durian yang gugur.. alangkah nikmatnya... nnti bila ada musim durian kita buat lagi eh.. kita pulak... hihihi.. tak berapa nak menjadi wajik ni sebenarnya.. gulanya masih basah  n tak mau kering2.. mungkin kurang lama mengacau la tu.. or gula belum betul2 masak  tua dah kene lebur cik pulut.. akk kukus pulut sebab nk rasa gigit2 pulut yg keras2 sikit.. terima kasih Ika dan tuan punya resepi Kak As di MYR.. 

WAJIK PULUT/PULUT KACAU
Resepi Asal : KAK AS MyR
(Rujukan : Arah)
Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )

  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..

    Cara-cara

    1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
    2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
    3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
    4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
    5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
    6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
    7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
    8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
    9. Sejukan..dan sedia dipotong..

Thursday, March 15, 2012

HOMEMADE CHICKEN NUGGETS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.. 
Idea dari dapur Maicun Inilah Ceritaku.. geram bila tgok sedulang nugget homemade di dapurnya.. saya olah sedikit supaya lebih mudah bila nak dirujuk pada masa akan datang .. terima kasih Mai kerana berkongsi resepi dan inspirasi.. Nugget homemade di dapur Mai boleh lah datang ke  SINI.  


NUGGET AYAM
(Olahan : Inspirasiku dari dapur Inilah Ceritaku)
Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar
2 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit  oregano
3 sb tepung gandum
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Coating
serbuk roti/oat  .. secukupnya  utk 'coating'
1- 2   biji telur

Cara-caranya

1.
Campurkan semua bahan kecuali  telur dan serbuk roti/oat dan gaul sebati
2.
Ambil sedikit adunan bentukkan mengikut suka.. (bulat/leper)  ulang sehingga habis.
3. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek ke dalam serbuk roti.
4. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan serbuk roti jika hendakkan permukaan  luar yang tebal.
5. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.

Wednesday, March 14, 2012

CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Aktiviti memendekkan list yg berjela2.. membuat roti CCCSB  yg hasilnya tak berapa nk swirl n ber choc  ... rasanya banyak jugak letak cinnamon powder kat filling tu.. tak menjadi secantik  air tangan kak nor di secubit garam tu.. saya buat 1/2 jer adunan memandangkan di rumah ada 3 mulut jer yg nk mgunyah.. Terima kasih  kak nor berkongsi tips  n resepi yang telah dipermudahkan.. begitu juga shidah..

CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor

sumber : Shidah

Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm  butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip

Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok

~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.

Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.


Tuesday, March 13, 2012

PUREE & KARI DAGING

 Salam sejahtera... balik kelas tambahan...kelaparan..  terus bersilat di dapur buat sarapan kul 12.00.. orang lain dah kelentung-kelantang masak utk lunch... kebetulan ada kari daging semalam.. rasa nk makan  lempeng kelapa, cekodok ikan bilis n macam2.. lasty teringat resepi yg belum pernah di cuba .. roti puree.. dari dapur ummizzkitchen.. mudah jer rupanya.. rasanya geng2 kaki masak dah pun mencuba.. saya jer yg selalu  berada 'di luar musim'... tak kisah la.. saya  buat separuh adunan.. 2- 3 kali goreng melembung sikit jer...bila dah tinggal separuh baru melembong cantik.. eh betul ke perkataan melembung tu.. tq ummi berkongsi resepi..

PUREE
(Resepi Asal : Ummizzkitchen) 
1/2 kg tepung gandum
200 ml susu segar
3-4 sdb majerin
garam

Cara-cara
Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).
Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
Simpan dalam bekas.
Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
Goreng dalam  minyak yang panas.
* Mula-mula mungkin  puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree yang menggelembung cantik.
*Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut.

boleh tgok cari2 mengoreng poori kt sini..

Thursday, March 8, 2012

FRUITED PULL APART BREAD

Perasaan kecewa menatap keputusan STPM masih terasa... masih bermuasabah diri mencari dimana silapnya... sepanjang perkhidmatan rasanya tak pernah jatuh tersungkur begini.. keseluruhan prestasi matapelajaran merosot dengan teruk.. rekod 100%  telah pun pecah.. perjuangan perlu diteruskan...
The sticky and finger licking bread... memang sedap ..  , saya menghadap seorang hampir separuh mengunyah kenyang... hohoho.. kalau selalu mmg boleh rimbun jugak badan ni.. sedang berusaha jugak nak menurunkan kg yg hampir nk mencecah ke 60.. Resepi mudah  dari dapur TREAT & TRICK.. tak rugi mencubanya.. 
FRUITED PULL APART BREAD
Yield   :    8-10 servings
(Link : WildYeast)
(CP : TREAT & TRICK)
DOUGH
2.5 cups all purpose flour
2 Tablespoon sugar
2  tsp  instant yeast
4 tablespoons butter melted
1  tsp salt
1  cup warm milk

TOPPING
1/2 cup brown sugar
1/4 cup raisin/dates/cranberries
1/4 cup chopped almond/pecan
3 tablespoons butter melted + saya tambah 1/2 sudu teh Cinammon powder

METHOD
Combine butter, warm milk, sugar and salt in a small bowl.
Place flour and yeast in a mixing bowl.
Gradually add milk mixture to the flour, forms into soft dough.
Transfer onto floured board, knead by  hand or mixer  until smooth.
Transfer dough into oiled and covered bowl, let rise until doubled for 1-1.5 hours.
 Generously grease 8 in round pan, sprinkle a tablespoon of brown sugar in a greased pan.
Combine remaining brown sugar, dried fruit, melted butter and nuts into a large  bowl.
Gently punch the dough down,  pinch the dough into 1.5 in  balls.
Drop the balls into brown sugar mixture, toss to combine. Arrange evenly in pan, sprinkle remaining nuts and fruit over top.
Cover and let sit in the pan  for 45 minutes. Towards the end of rising time, preheat oven @ 190C.
Bake for 15-20 minutes until golden brown.
Let sit in the pan for 10 minutes, loosen the edges before inverting onto a serving platter.
Serve warm.


Saturday, March 3, 2012

AISKRIM GORENG lagi..


Khamis  bersama pelajar Ting 6 ke Nusajaya, Badan Cemerlang Bookstore di Angsana dan singgah di JPO... sampai rumah jam 740 mlm..
Jumaat petang  - rewang di sekolah.. kene hujan.. malam rasa sakit jugak satu badan.. 
Sabtu.- sekolah ganti@Majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah.. menu nasi bryani special.. mmg kebabom.. lepak n sambung sakit kepala, tidur mcm pengsan...

petang - melayan aiskrim goreng yang ada dalam stok peti ais..
AISKRIM GORENG
(Sumber:  Inspirasiku)

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu.. boleh tgok di SINI
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin