Assalamuaikum & Salam Sejahtera...
Lamanya rasa tidak mengemaskini dapur inspirasi kesayangan ini... tidak kemana2 pun, hanya sibuk menjalankan tugas rutin serta pelbagai hal yg tidak terduga.. sejak aimman di sini, semangat saya utk mengemaskini blog bagai dibawa pergi..aktiviti memasak turut merudum sama.. terlalu panjang untuk dikisahkann.. doa kami sekeluarga semoga abang terus diberi kekuatan meneruskan ketentuan ini..
3 Jun 2012..Kehidupan abang diteruskan di INTEC (International Education College), UITM selepas mendaftar di UM 27 Mei lepas... kerana mendapat tawaran pembiayaan daripada MARA utk Pengajian Ijazah Luar Negara (PILN).. abang di tawarkan Kursus Persediaan ke Jepun selama 1 tahun 10 bulan.. dalam bidang Engineering .. jauh tersasar dari cita2 asalnya untuk menjadi arkitek..(Interview utk arkitek)..
Menjalani kehidupan disini bagai kejutan buat abang.. segala2nya sendiri.. dari soal makan, minum, pakaian, bangun pagi n ke kuliah segala2nya semuanya diurus sendiri... berada bersama kawan baru yg sudah biasa tinggal di asrama... fasa kehidupan baru buat abang.. sebelum ni berpisah dengan keluarga kerana PLKN.. kali ini kerana perkiraan masa depan pula.. semua nya terpaksa berubah.. tiada lagi suara ibu terjerit2 suruh itu n ini.. huuuu.. tika ini saya hanya memantaunya dari jarak jauh pulak.. telefon gengam tak pernah lekang dari tangan.. byk yg perlu dipesan itu dan ini.. Syukuralhamdulliah semuanya sudah kelihatan normal nampaknya..
Mempelajari bahasa Jepun bukanlah perkara yang mudah.. (antara 5 bahasa di dunia yang paling sukar dipelajari).. hari ke 2 mengikuti kelas bahasa jepun kedengaran sudah keluh kesah risau n bimbang abang dihujung talian .. huuuu... berada dalam kalangan kawan2 yg berkrim2 cemerlang saya merasakan semangat abang telah kian jatuh merudum.. wahai anakku.. bersabarlah.. manalah ada orang yang belajar bahasa boleh menguasainya dalam masa 2 hari.. baru 2 hari nak.. memujuknya tanpa henti..mengingatkannya tentang beribu2 orang diluar sana tidak mendapat peluang sepertinya.. kisah UM yang telah berlalu usah dikesalkan, sudah pasti telah tertulis rezeki abang di sini.. ibu tidak akan berhenti berdoa.. kawan2 lain mungkin dalam keadaan tekanan yg sama cuma mungkin dapat dikawal .. bagi abang saya lah tempatnya mengadu.. dalam pada itu saya juga perlu kuat untuk terus memberi semangat padanya.. airmata ini tak pernah berhenti mgalir bila teringat saat2 getir yg dilaluinya.. saya tahu abang adalah seorang yang hardworking..keadaannya yg homesick juga turut mempengaruhi semangatnya..
Kini saya merasakan keadaan abang sudah bertambah baik, saya tahu abang kini sudah kembali bersemangat dan terus gigih berusaha.. Syukur Alhamdullilah.. saya sekeluarga terus mendoakan yang terbaik buat abang..
Yang pasti setiap hujung minggu saya sekeluarga melalui tol Pagoh merentas lebuhraya utara selatan ke Shah Alam .....
1 Jun 2012... ke Cameron Highland tanpa perancangan...