Monday, September 19, 2011

KEK LAPIS BUMI

No Komen... kek ini memang sedap banget..projek Ahad semalam.. pertama kali mencuba dah hasilnya tidak mengecewakan. Pertama kali juga memecah 10 biji telur utk mgadun kek ni.. berdebar jugak u .. pertama teringat2 kes memecah telur busuk hari tu (sila jgn short cut) .. n ke 2 klau lah tak menjadi.. saya gandakan 2 adunan utk resepi kek kerana saiz loyang saya 10" x 10".. Terima kasih Hasue berkongsi resepi.. akk CP resepi hasue di sini..


KEK LAPIS BUMI
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)
  • 220g Mentega
  • 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
  • 110g /1 Gelas tepung gandum
  • 5 Biji telur
  • 150g seri kaya
  • 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
  • 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
  • 1/2 penutup botol esen vanilla
  • Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan)
  6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata
Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus)
  1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
  2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe
  3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.

11 comments:

  1. salam dzana.Warna kek sungguh cantik dan nampak lembab keknya.

    ReplyDelete
  2. lawa2 kak.. rajin akak melapis.. guna banyak telur ye.. huhuhuhu itu yang tak sanggup kalau tak jadi kan

    ReplyDelete
  3. suka tgk warna kek ni,menarik betul..x pnh lagi bt kek lapis,kena cuba jg 1 hr. :)

    ReplyDelete
  4. Kak na cantikkkknya kek tu,kak address ada kan nnti jgn lupa pos ye:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya kek kukus zana ni...rajin dia melapis yer...

    ReplyDelete
  6. memang sesuai betul dengan namanya.... warna-warna alam, sedap & lembut rasanya kan....

    ReplyDelete
  7. mmg cantik kek lapis kak zana ni..suka tengokkk!!warna cantik,setiap lapisan pun sekata je nampaknya..dan xde yg spoil ek..(terkurg atau terlebih msk..mesti timing elok nih)
    tahniah sangat sebab 1st time buat dah jadi..cun lak tu..!sy pun dah lama x buat kek nih..dulu mmg harus buat time raya..sampai org yg beraya pun mmg target nak mkn kek ni sbb dah tahu sedap..hehe
    trm kasih krn sudi cuba kak..lebiuuu

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Zana..cantek kombinasi kalernya...Nampak pun sedappppp

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Zana...rajin lg melapis eh...akak pun konon2 rajin melapis...aleh2 x update2 pun lgk...malas tul la nak hadap blog... :))

    ReplyDelete
  10. wa...menarik...boleh berprojek ni..tapi tgh2 ni..nak berblog pun berperang ngan mereka2 ni..ish..

    kak, golden churn tu..yg kontroversi tu ke? konfius tibe2..

    ReplyDelete
  11. Zana cayang....! Wah, pandai adik Along ni melapis... sekata jer lapisan nya! Kek ni mmg femes kat Sarawak ni.

    ReplyDelete