Thursday, August 26, 2010

Mango Smoothie

Penyegar tekak... resepi mudah jer ni.. CP dari dapur dik ina (hana jepun)...

Bahan-bahan

  • 1 cawan tembikai dadu - buang biji ..ganti mangga...
  • 1/3 cawan air
  • 1/3 cawan yogurt plain
  • 2 sudu besar gula@madu
  • Air batu secukupnya -
Cara-cara
  • Blend semua bahan hingga smooth.
  • Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan daun pudina.
  • Hidangkan.

Sup Tulang Berempah

Mencuba sup tulang berempah dari dapur Nur... sambal kicap tak pernah lupa.. mesti berpeluh2 makan... Terima Kasih Nur berkongsi rspi.. minta izin CP rspi di sini ya..

Sumber : My Little Kitchen.
Bahan-Bahan

~~~~~~~~~~
1 kg tulang kambing dicuci bersih dan direbus hingga isinya lembut(guna tulang lembu)
1 biji bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
4 sudu makan serbuk ketumbar
3/4 biji buah keras dikisar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit bawang goreng dan daun sup untuk taburan

Bahan Untuk Menumis
~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 biji bawang kecil dihiris nipis

Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Rebus tulang hingga empuk dan air rebusan jangan dibuang. Masukkan serai dan halia untuk menghilangkan bau.

2. Apabila tulang empuk, kaup minyak diatas tulang tadi dan dibuang.

3. Panaskan kuali, masukkan bahan tumis dan tumiskan hingga naik bau. Apabila telah naik bau masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik bau.

4. Masukkan kedalam periuk yang berisi tulang tadi. Kacau rata dan masak dengan api yang kecil. Apabila telah masak taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.

Wednesday, August 25, 2010

Yong Tau Fo

Puasa2 ni kalau banyak merayau ke dapur kaki2 masak.. maka byk lah yg teringin nak makan... kali ni teringin nk makan YTF pulak... kalau tak silap mula2 tu nmpk kt dapur dik ika bangkok selepas tu kat dapur maz... resepi di CP dari dapur Maz.. sumber dari MYR.. tq semua...

Sumber Resipi : Minami Myr
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering -
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula (kalau kurang manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
  • sedikit kicap manis -

Cara-cara

1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. Setelah garing angkat dan kisar dengan sedikit air.

2.Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

3.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

4.Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


sayur bak coy goreng sos tiram..

Salad Buah-buahan

Cara nak menghabiskan buah2 yg terperap lama dlm peti ais tu.. buah2 plus mayonis... tabur kismis..

Tuesday, August 24, 2010

Home made Cendol

Mai minum... cendol...terliur tgok kat dapur hana jepun tadi.. cendol susu mix cincau.. guna susu marigold low fat.. jaga badan.. hikhikhik
resepi dari Jurnal resepi Bdaria..... tq Bdaria berkonsgsi.. minta izin CP resepi disini...

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air

saya guna ini....

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis.. harap2 aimman suke... hihihi.. favorite dia la ni...

Bahan2 nya:
1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu butter atau minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan

Cara2:
  • Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati
  • Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
  • Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
  • Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Ramadhan 14: Ayam Masak Paprik

Resepi dari copy paste dari dapur Recipes for Keeps.. pemilik dapur kata resepi dari Jun.... terima kasih kerana berkongsi resepi yg simple ni.. mesti sedap kan!!

Ayam Masak Paprik

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2


Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit).... (SAYUR MASUK SAYUR KEMUDIAN)...
- Sedia untuk di hidang.

Monday, August 23, 2010

Kuih Sagoo

Sana- sini ada kuih ni.. kita pun nak join jugak .. anak2 memang tak pandang langsung kuih ni.. so kene lah layan kuih ni dgn en hb jer.. huuuuu

Resepi copypaste dari dapur dik ika bangkok tu.. Resepi asal kat MyR dr MAMA KASTAM TIOMAN ... Terima kasih...


KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah>>kaler hijau
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose>>Ganti dgn pandan paste
Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap

Mee Sup Bebola Daging

Menu berbuka puasa jumaat lepas... baru sempat nak posts..
sambal kicap kasi lebeyy..
manisan.. pengat mix keledek, keladi n labu..

Friday, August 20, 2010

Ramadhan 9: Lempeng Kelapa

Plan asal nak buat roti jala.. oleh kerana kesuntukan masa kita kacau2 lempeng simple ni.. untuk kunyah2 selepas berbuka.. makan bersama kari daging... perggg.. memang sedapp...

Ramadhan 9: Kari Daging

Menu berbuka semalam... kari daging
Sambal lonteh..
Ikan goreng bawal cermin n ikan masin sepat
Sayur bendi goreng...

Tuesday, August 17, 2010

Lontong Goreng

Nasi impit pemberian emak ahad lepas... sebelum lama bertapa dlm petiais tu.. baik kita goreng dulu... ishhh... licinnn jugak akhirnya..

Bahan2 (
Nasi Impit dipotong dadu. (2 bgks nasi impit "NONA")
5 ulas bawang kecil*
4 ulas bwang putih*
ikan bilis banyak ikut suka * ..
tumbuk/kisar kasar semua bahan bertanda*
4 sb lada blender.. nak pedas boleh tambah.. boleh guna lada cili juga..
udang n sayur sawi n daun bawang
garam ikut rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumis bahan2 kisar n lada hingga beraroma...masukan udang kacau rata..perasakan garam.
2. Ketepikan bahan2 tumisan ke tepi kuali (bukan keluarkan) n pecahkan telur.. kacau hingga telur masak, masukan sawi, daun bwng n nasi impit.. gaul rata semua hingga masak.
3. bahan2 hiasan .. telur dadar, daun bwng, daun sup n bawang goreng..

Tomyam Ayam

Dah kerap kali buat tomyam menggunakan resepi ini.. sejak ada rspi ni saya tak lagi menyimpan paste tomyam dirumah... Resepi mama myvi di MYR..

Sumber ;My Resepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

6 cawan air
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
300 gram udang
5 biji limau nipis
cendawan tiram (ikut suka)
10 biji cili api (belah dua)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.

Ramadhan 8: Puding Berkuah

Pemanis mulut hari ini...

Bahan2 puding : 1/2 cwn tepung kastard + 2 sb gula + 1/2 cwn susu cair + 1 1/2 cwn air .. masak & kacau hingga pekat atas api sederhana.. masukkan dlm acuan. sejukkan

Kuah : Susu cair + 2 sd gula + puding + buah2an.. sejukkan..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 6: Jelly Koktail

Penyegar tekak hari ini... plain jelly bersama buah-buahan koktail...

bahan2:
11 gm serbuk agar2
150 gm gula
1 liter air
1/2 cwn air buah-buahan koktail
buah2an secukupnya susun/masukkan dalam acuan..

Cara2: Masak semua bahan kecuali buah2an hingga mendidih. Kemudian tuangkan dalam acuan kegemaran. Sejukkan.

Ramadhan 6: Cucur @ Jejemput Nasi Bilis

Cucur Nasi Bilis yang lembut ... untuk kudapan malam..

Bahan : 1cwn nasi (blender bersama air)/ tepung gandum secukupnya/bwg besar/lada merah/daun sup/bilis dikisar kasar/garam,/ air secukupnya. Gaul semua bahan n goreng sehingga kekuningan.

Ramadhan 6: Asam Pedas Ikan Merah

Makan2 buka puasa di Ramadhan 6...Asam Pedas Kepala Ikan Merah n Sayur Sawi Goreng
Ikan goreng...

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan 5: Puding Gula Hangus

Manisan untuk di bawa balik ke kg juga.. Resepi oleh emee dari MYRESEPI.. sedap n mudah menyediakannya.. cuma agak manis ... untuk keluarga saya adunan ni agak banyak.. so lain kali kene buat separuh jer dari adunan.. TQ emee n MyResepi..

Sumber MyResepi

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam ( saya guna 6 biji)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan esen vanila (saya tambah)

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

Ramadhan 5: Dadar Lauk Samarinda

Menu untuk dibawa balik ke kg... untuk berbuka bersama mak n abah... abah kata mak nak masak lontong hari ni, so kita rajinkan diri godeh2 kat dapur sblm balik kg.. mencuba menu yg dah lama terperap dlm list.. n saja jugak nak tayang pan yg dibeli dpd chik mimi kita tu.. kerja jadi mudah dengan pan chik mimi ni.. tq chik mimi yer.. beginilah indahnya dunia berblog ni.. kenal2 hanya di alam cyber, tapi sentiasa berkongsi segalanya.. cuma kekadang hambatan masa n kerja yg mcm tiada kesudahan tu membataskan diri untuk menghadap lappy.. k..
Ramai yang dah mencuba menu ni .. terakhir saya nampk di dapur KNor.. saya buat dadar biasa jer.. Kalau nak tgok dadar yang cantik n berinovasi bolehlah jengok ke dapur KNor yer.. TQ KNor n rakan2 blogger lain yg memberi inspirasi..



copy dr dapur KNor
Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti: (inti saya guna daging kisar)
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan AlMubarak

Sempena Ramadhan alMubarak ini kami sekeluarga mengucapkan selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua rakan blogger yang dikasihi.. semoga semua amal ibadat sepanjang bulan seribu rahmat ini diterima oleh NYA.. Mohon kemaafan juga sekiranya terdapat kata yang menyinggung hati n perasaan..
kad dari Alongroz.. tq along... muaaaahhhh....

Tuesday, August 3, 2010

Kek Coklat Moist Kukus

Yehyehhhhh.... hari ni kita dapat makan kek coklat moist yang Alongroz beri 5 bintang... tak tahu kenapa hari ni macam terajin sikit.. masuk dapur kul 815 mlm pas tu kul 945 dah dapat makan kek.. tak sempat nak boh topping.. separuh dah kene ngapp oleh anak2... kek yang memang yummy n moist... saya juga beri 5 bintang untuk kek ini.. tq alongroz n cik zubaidah tuan punya resepi juga MyResepi... resepi boleh juga rujuk disini... minta izin CP resepi...

Sumber MYresepi

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

  • 100g Serbuk Koko*
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
  • 250g gula kastor
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
  5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580

Monday, August 2, 2010

Mee Kari

Menu tertunggak lagi.. semua dah abis.. so tengok jer lahhhh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin