Monday, May 31, 2010

Tuna Pizza

Piza lagi... kali ni versi malas.. atas permintaan aimman yang tak pernah jemu makan piza..
Topping sapu sos cili pas tu tepek tuna 'ayam brand'...
tomato, mushroom n sosej..
mozarellaaaa........... n bakar
siap..

Sunday, May 30, 2010

Keladi Goreng

keladi potong memanjang.. bancuh tepung + sikit tpg jagung+ kunyit+ garam n air.. goreng.. mkn vs sambal kicap.. air kopi.. pergggg...

Nasi Ayam Ipoh

Nasi Ayam yang tak sampai Ipoh... Klau nk yang betul ori kene pi Ipoh agaknya.. atau ke rumah maria di KK.. kalau nk jalan jauh boleh pi dapur hana di jepun.. sebenarnya ada kesilapan beso masa msk nasi ni.. sepatutnya letak sos tiram .. hukhukhuk .. tapi terletak sos black pepper.. tak perasan tersalah ambil botol sos.. perasan masa nasi dah nk mask.. so cepat2 letak sos tiram n gaul .. mood lepas tu terus merudum.. nak buat sos kicap pun jadi malas.. yg penting ada sos cili. nasi ni memang sedap sebenarnya.. resepi boleh lah jengah kt dapur diaorang...
Nasi ayam.. tak smpi Ipoh.. ayam ikut rspi asal...
sos cili (ikut resepi asal) n sup ayam

Friday, May 28, 2010

Lime Cheese Cake

Jom makan cheese cake.. cream cheese kongsi beli dgn kak kiah.. melayan 1 kg CC n ada baki 500 gm lagi.. huuuu.. kene abiskan stok tu sebelum rosak kan.. so ada 2 peluang lagi nk godeh2 cheese cake .. harap2 tak ada byk halangan sepanjang minggu akan dtg...
Ubahsuai resepi nigella recipe
INGREDIENTS
200g Double Choc Maryland cookies (in the purple packet) ( guna biskut marie)
75g unsalted butter
500g Phildelphia cream cheese
125g caster sugar
4 whole eggs
juice of 2 limes
20-21cm springform cake tin
kitchen foil

METHOD

1. Place a large overlapping piece of foil over the bottom of the springform tin, and then insert the pan ring over it. Fold the foil up and around the sides of the tin and place the whole thing on a second piece of foil, also folding it and pressing it securely up around the tin so that you have a water-tight covering.
2. Process the biscuits until they are like crumbs, then add the butter and pulse again. Line the bottom of the springform tin, pressing the biscuits in with your hands or the back of the spoon. Put the tin in the fridge to set, and preheat the oven to 180°C/ gas mark 4.
3. Beat the cream cheese gently until it's smooth, and then add the sugar. Beat in the eggs , then finally the lime juice. Put a full kettle on.
4. Pour the cream cheese filling onto the chilled biscuit base, place the tin in a roasting tray and pour hot water from the recently boiled kettle around the foil-wrapped cheesecake to come about halfway up the sides of the springform;and cook for 45-50 minutes.
5. Take the roasting tin out of the oven, When the cheesecake's cooled down completely, place it in the fridge and leave it there till 20 minutes or so before you want to eat it.

stok biskut marie kisar yg dah ready..
plus melting butter.. tekan2 padat dlm SF
bakar..
dah siap...boleh makannnnn...

Sunday, May 23, 2010

Piza

Piza..... resepi doh dari dapur kak ummi home sweet home... topping ikut selera sendiri...

Dough:
(A)
  • 200 gm. plain flour - sifted
  • 1 tsp. sugar
  • 1 tsp. Instant Yeast
  • 1/2 tsp. salt
  • 1 tsp. oregano

(B)

  • 110 ml. water
  • 1 tbsp. cornoil or olive oil
  • Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  • UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....
panazzzz....
Topping ikut suka.. inti daging/ sosej/tomato/ mushroom n mozarella cheese...

Sirap Limau Kasturi..

Untuk sesi basah tekak di tengahari...... jom minum...

limau kasturi petik dari laman mak masa balik kg minggu lepas..

Saturday, May 22, 2010

Cream Puff

Dah lama tak mengodeh puff ... sesi godeh2 kali ni menggunakan resepi dari dapur nina untuk puff dan krim kastard dari dapur noreen.. untuk krim puff ni saya letakan perisa pandan untuk sedikit kelainan... Terima kasih Nina n Noreen n minta izin copy paste rspi..

CREAM PUFF
Sumber : Sweetlilly kitchen
Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Caranya:
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)


Sumber : Noreen My home Cooking Blog
Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau
3. tutupkan mangkik dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis


Thursday, May 20, 2010

LABU SIRA

Jom makan labu.. satu lagi dessert lama yang sangat sedap..dah lama mencari rspi n ternmpk rspi ni di dapur nor64.. lengkap dengan langkah2 memasak... masak separuh dulu.. takut tak menjadi.. rupa2nya sekali hadap jer dah licin..esok nak masak lagi labu yang masih berbaki separuh tu...utk rspi ni saya letakkan gula setakat menutupi labu shj.... so manisnya pun manja2 shaja.. terima kasih kak ani n nor64 yer.. minta izin copy paste rspi di sini..






Bahan -bahan :

  • 1 biji labu besar ( cukup tua )
  • 1 kilo gula pasir
  • 10 helai daun pandan
  • 1 sb kapur sireh

Langkah membuat:

  1. Potong labu mengikut ira labu . Kulit tak perlu buang.
  2. Rendam dengan air kapur selama 1jam - 11/2 jam.
  3. Susun daun pandan di dasar periuk .
  4. Susun pula labu yang telah ditoskan . (Bertindih pun tak pe)
  5. Siram gula pasir di atas labu hingga labu tenggelam.(saya kurangkan gula)
  6. Masakkan di atas api dengan api yang perlahan .
  7. Masakkan hingga keluar bunga gula ( air gula berbuih dan pekat)
  8. Labu telah empuk ..tutup api.
  9. Sejukkan dalam peti sebelum di makan.
  10. Semasa hidang, siram labu dengan air gula yang bersira tadi.

Nota:

Sangat nyaman dalam cuaca yang panas. Pastikan gula cukup, kalau tidak rasa tawar . Mesti rendam dalam air kapur untuk mengelakkan labu pecah. Tidak perlu bubuh air masa memasaknya




HAPPY TEACHER'S DAY N EARLY BIRTHDAY GIRL..

17 Mei.. Sambutan Hari guru peringkat sekolah.. dengan tema biru... suasana pagi sebelum berarak ke dewan diiringi paluan kompang...

hadiah untuk guru2 di sekolah anak.. terima kasih cikgu..
sukaneka utk guru....
majlis perasmian..

persembahan' tuan pengetua yang sangat 'sporting'...
mr ang n azmi... mengimbau zaman muda..
menguji bakat .. mengutip biji kacang hijau dengan chopstik..
selepas mendendangkan lagu ' Kami guru malaysia,....

suprise dari upper six.... terharuuu ... tq atas ingatan....

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana 2010

Gotong royong ...sempena hari guru... aktiviti mengecat stesen menunggu di pintu masuk sekolah dan pondok2 bacaan ..bersama pasukan pengakap kelana ting 6 atas.. kwn2 lain berada di tmpt lain.. terima kasih kepada ahli pasukan yg bertungkus lumus menyiapkan kerja2 mengecat..



gambar ehsan dari webmaster sekolah.. en selvam.. tq so muchhhh... pic2 lain boleh tgok di SINI

Ayam Goreng Madras

Tergoda dengan tayangan amal Ika.. so di samping sup ayam special , kita masak jugak lauk adikbradik ayam ni.. ayam goreng madras.. biasa kita goreng ayam malas jer.. boh yg wajib2 .. garam kunyit n halia.. kali ni ikut rspi 100%.. rspi CP dari dapur ika.. juga ada di dapur leen n blogger yang tak pernah tertinggal keretapi.. hana.. hihihi..

AYAM GORENG MADRAS
Source : Majalah Rasa Mei 2010

Bahan-bahan
  • 500gm ayam
  • 60gm Bawang Merah }
  • 60gm Bawang Putih } dikisar
  • 60gm Halia }
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-cara
  • gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
  • kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
  • gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
  • panaskan minyak, goreng ayam tadi
  • hidangkan bersama sos atau pun dadih.

Sup Ayam Special lagi...

Masak2 petang jumaat... terasa aroma rempah pada kuah sup.. ringan n segar.. tak jemu2 menghirup ... rspi sila klik di SINI ....

Wednesday, May 12, 2010

Puding Karamel

sejak akhir-akhir ni mood keje mmg tak beberapa baik.. tapi Syukur alhamdullilah.. keje2 tetap berjalan lancar .. cuma tak rasa puas n happy mcm dulu2... tak tau lah.. bila semua persoalan akan berjawab n berakhir... yang penting kerja dan tanggungjawab dilaksanakan dengan keikhlasan.. so utk hilangkan aura2 yg kurang baik tu.. kenelah buat ssuatu... nk buat kek rasa mcm anak2 dah jemu pulak.. so tekak ni rasa nk mkn yg lembut2 n sejuk2... layan puding karamel

jom makan dulu.. rspi esok ya... hahaha..utk hana.. jgn marah .. hari ini .. esok akk dah sampai.. hihihi....

Sumber : Mishmash
Ingredients:
For Caramel Sauce:
  • 4 tbsp sugar
  • 2 tsp water
For Custard:
  • 350 ml milk (little less than 2 cups), boiled and cooled
  • 2 small eggs
  • 6 tbsp sugar
  • ½ tsp pure vanilla extract
Directions:
  • Preheat oven to 350F.
  • Prepare caramel in a small shallow pan, by heating and melting sugar along with 2 tsp water, until they turn golden or dark brown, depending on your personal taste.Swirl dessert bowls or ramekins quickly to coat the bottom of the bowls evenly with caramel and keep aside until it sets well.
  • Prepare Custard: beat eggs and sugar well with a hand mixer for a minute until sugar is completely blended with eggs. To this add milk and vanilla extract and beat for another 30 seconds
  • Prepare a hot water bath to place the prepared dessert bowls or ramekins, by pouring steaming hot water into a large cake pan or any other oven safe tray and filling it till half. Now place the prepared dessert bowls or ramekins carefully into the hot water tray, cover with aluminum foil and slide into the oven and bake for 50-60 minutes or a knife inserted in the centre come out clean; the texture of pudding should be wiggly at this stage.

Sunday, May 9, 2010

Tips memasak Puding Sago..

jom makan!!!!!...........
to IZAHDAUT, FMINA N HANI... n rakan2 blogger yang lain... supaya tak kempunan nk mkn puding sago ni.. akk kongsikan cara2 bagaimana nak msk sago ni smpai jernih..

Masak biji sago ni hingga mendidih n di kacau sekali sekali...hingga masak.. @ bahagian putih dlm biji sagu semakin mengecil..kemudian tutup api .. biarkan sebentar atas dapur.. masa ni biji sagu akan terus masak n menjadi semakin jernih selepas 7- 8 minit... sendukkan 2-3 senduk biji sagu ke dalam penapis kelapa.. basuh biji sagu di paip air yg mengalir untuk membuang kanji2.. bilas dengan air bersih.. tuangkan dalam acuan n sejukkan dlm petiais..

Makan bersama air gula melaka , santan (akk guna santan kotak ayam brand) , ketulan air batu.. Selamat mencuba...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin