Monday, March 1, 2010

Tauhu Goreng vs Sambal Popia

Copy dari dapur Abbot... sos popia ku telah terlebih kicap.. tapi rasa tetap hebat.. TQ K Nor T'ganu.. dah betul kan eja nama k nor tu.. hihihi n Abbot..

Sos Popia

5 sudu besar cili mesin
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis
nisan/gula melaka
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket
(ganti kacang tanah tumbuk)

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan

1 comment:

  1. Salam pengenalan Kak Dzana. Saya Dayang Sophia tapi dikenali dengan fuzidss. Nice blog kak

    ReplyDelete