Sunday, May 31, 2009

Muffin Pandan


Resepi asas muffin yang simple n enak... ' Easy to cook and easy to eat!'.. flavours n hiasan ikut perasaan n stok yg ader... teringin nak buat muffin cantik cam org lain..kali ni rupa tak menawan ..muffin ku naik melempah-lempah.. tak pe..belajar dari kesilapan..

Kim's Moist Muffins
Submitted by: Kim-Marie
Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less
No melting butter or beating sugar until fluffy!
Easy to cook and easy to eat!
Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil (dinasihatkan guna 1/4 - 1/2 cawan je)
3/4 cup buttermilk or regular milk
1/2 - 3/4 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract ( guna pandan paste)
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna almd nibs)
Method
1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.

Mee Goreng

Breakpast pagi nih.. mee goreng simple..tapi tak lah gondol sgt.. tak sesak pun mcm ika ninja punya.. hehehe.. aksesori isi ayam, udang n taugeh.. jom sarapann...

BRAIN DAMAGING HABITS

Subject: Fw: HEALTH ADVISORY-MOST IMPORTANT
BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered, increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in stimulating thoughts Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH

(sumber: email dpd SIL)

Saturday, May 30, 2009

Spaghetti Carbonara

Breakfast hari ini.. hirisan isi ayam, udang n sosej, sos spaghetti carbonara cendawan prego..
jgn lupa celur spaghetti.. dah siap..

Friday, May 29, 2009

Slice Cheese Cake


Cheese cake yang sedap.. pas tu low budget pulak... itu yang penting.. TQ utk ros @onigiri yg sudi berkongsi resepi.. dah byk kali buat kek nih.. n mmg puashati... resepi asal ada di MYR.. tpi MYR tak buka pintu ari nih so kene lah angkut dari dapur hana yer..

Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
pewarna hijau..(lupa nak letak...)


Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Wednesday, May 27, 2009

Kuih Rangin@Dangai

Kejadian hari ini.. balik skool mengintai di dapur hana yang gagah memasak tuh..oooh.. mcm tergoda n terus masuk workshop.... teringat masa kecik2 dulu..biasa makan kuih ni.. espcially masa kenduri.. berasap2 memasaknye..coz guna sabut kelapa.. hari ni.. first time membuatnye.. mudah jer.. tq as berkongsi rspi... resepi ada di sini..

Monday, May 25, 2009

Sup Ikan Merah

Simple jer.. yg penting mesti ada sambal kicappp... layannn...

Sunday, May 24, 2009

Chocolate Cake


Kek coklat yg dimarble kan dengan cheese.. guna resepi kek coklat biasa n adunan cheese..

Saturday, May 23, 2009

Apple Crumble

Pagi sampi 1 ptg LDP di skool.. blik rmh..mood msk lum dtg lagik.. tapi mcm terasa nak mkn pie epal.. tpi sudah nyer mnjadi apple crumble...
resepi utk nana.. lepas ni nana kene buat tau...

Bahan A
4 - 5 biji epal merah.. kupas kulit n potong dadu
1/2 cwn brown sugar..gula castor pun boleh..
1/2 cwn kismis..ikut suka
sedikit serbuk kayu manis..boh klau suka

Bahan B
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula castor
1/2 sudu teh serbuk penaik
150 gm butter pd suhu bilik

Hirisan badan/kekacang.. ikut suka..tak da pun tak apa..

Cara-cara
1. Satukan semua bahan A gaul rata n masukkan dalam loyang pembakar.
2. Satukan kesemua bahan B kecuali badam.. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti.
3.Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Taburkan hirisan badam .

4. Bakar pada suhu 180C +/- 40 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.


layan dengan whipping cream.. dgn aiskrim lagi best kot..

Friday, May 22, 2009

Sup Tauhu

Supp.... untuk makan petang n melayan tekak yang tak da selera nak mkn...

Tuesday, May 19, 2009

Bread Butter Puding .........

Dah abis cerita hari guru.. sambung main masak2 pulak.. memenuhi permintaan anak2.. rspi dari dapur doc inahar.. TQ doc berkongsi rspi...yummy..yummy

Monday, May 18, 2009

Hadiah ke ni...

ambik ngko.. pinjam word sapa ntah ni.. tak berangan pun nak beli plasma ni.. 42 in panasonic free gift digital camera after rebet tunai RM 200 mcm promosi pulak ..kene bayo RM 3699 .. .. melayang terbang hr nih ..klau beli emas tentu tak larat akak ngko nak angkat tengkok gi kerja.. nsib baiklah akak ngko ni lum minat sgt kat benda tuh..ala kadar jer asal ada ..tak lah smpi kene umpat sedara ..tak tau lah esok lusa ek.. TV baru ni rasa mcm lum sesuai lagi dgn mata nih.. sound tak brapa sedap n warna pun tak secantik TV brand SONY yg lama tuh..mengintai jugak SONY tuh.. tak larat pulak tgok angka yg kene bayar.. try yg nih dulu..hrp2 tak byk hal.. TV lama tuh dah 7 th guna.. mmg puas ati..nak suruh HB betulkan jugak tv lama tuh..My sis kata nih hadiah hari guru ke.. kahkahkah..

Hari Guru di sekolah...

Perarakan guru ke dewan...

Selepas majlis ucapan.. acara memotong kek.. oleh guru2 tingkatan bersama anak murid masing2....

cuppies...

persembahan pelajar..zapin, dikir barat, sketsa, nyanyian n mcm2..

bersama bekas anak murid STPM 2006 (siswa/siswi UPSI) yang bakal menjadi guru.. kebetulan mereka sedang menjalankan ROS selama 2 minggu di sini.. betapa cepat waktu berlalu..dah tua rupa nyer cikgu nih..
ini pulak.. bekas anak murid yang belum lupa lagi pada cikgu nyer.. STPM 2007/2008.. penuntut di USM/UM/bakal siswa.. menziarahi guru sempena cuti semester..

Kad Hari Guru...

Kad pemberian eriey.. tq so muchhhh....
Kad pemberian nur... tq so muchhh nur...
Semoga segala usaha dan ilmu yang dicurahkan memberi manfaat.. amin..

Sunday, May 17, 2009

Mee Hoon Goreng Lada Putih..

Makan petang @ malam.. mee hoon vs sambal kicap... rspi ada di MYR dan di SINI

Bila TV rosakkkk...

Petang Ahad...dua bradik sedang menonton rakaman AF di you tube.. hehehe.. begitulah keadaanyer..Kejap lagik bergaduhlah tuh.. abang keje nyer menyakat adik..yg adik pulak kejenyer terjerit2...
Ibu.. kihkihkih..konon pembina bangsa negara.. mengetip kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun.. sambil membebel n pemerhati n pengaman bangsa2 bersatu.. eeee.. ibu rotan kan budak dua orang nih kan.. baca buku esok periksa...

Saturday, May 16, 2009

Hadiah Cikgu...

Hari ni dapur tak berasap.. bukan kerana kayu api basah.. tapi mood malas tiba2 mendatang.. harap2 tak berpanjangan.. tahun ni sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari isnin 18 Mei... dengan mood kemalasan.. malam ni membungkus hadiah aimman n syamira untuk guru2nyer.. begitulah rutin setahun sekali...
Dah siap .. hari isnin boleh beri pada cikgu masing2 ek...

Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day

Kad yang diangkut dari rumah kak ina KL..tq kak ina...

Ucapan Selamat Hari Guru ditujukan kepada Semua Warga Pendidik Se Malaysia.. juga paling istimewa ditujukan kepada semua guru2 yang pernah mendidikku ...iaitu warga pendidik yang mengajar di SK Tiga Serangkai, SMK Dato' Sulaiman, TIGS, UPM dan MPBP... Terima Kasih..

Tidak lupa juga untuk guru2 yang telah mendidik anak2 ku.. Terima kasih Cikgu..

Untuk rakan setugas di SDBL..
'SELAMAT HARI GURU.. GURU PEMBINA BANGSA NEGARA'

Asam Pedas Ikan Merah

Asam pedas lagik... masak balik skool tadi.. kul 3 baru dpt lunch.. begitulah selalu.. makan tak menentu waktu..

Thursday, May 14, 2009

Oreo Cheese Cake

Dah pernah buat sebelum nih.. request syamira utk hari jadi nyer.. rspi dari rumah kak ummi kuantan.. TQ kak ummi...Resepi dah entry di SINI


yummy..yummy..yummy

Birthday Girlllll.....

13 Mei.... birthday anak dara ku Syamira... dah genap 11 tahun usianyer.. mcm biasa ..tak da majlis apa2.. cuma sempat belikan sebiji kek jer.. biasanyer setiap tahun pada hujung bulan mei kita buat majlis 'jamak'' potong kek .. sempena hari ibu, hari guru, birthday anak(syamira), mak, my sis n tuan rumah ....so kene tunggu ler...hehehehe... teringat semasa sarat mengandungkan syamira dulu.. kebetulan due date pada 17 Mei.. ibunyer terlalu excited nak dapatkan hadiah sempena hari guru di hospital.. siap dah hantar nama lagi u.. rupa2nyer.. sekecik nih dah tak sabo2 nak kuar.. DOB 13 mei 1998...
Kek beli..Freshcream Oren Cake..plan nak buat tpi rasa tak confiden nak mendeco...

Wednesday, May 13, 2009

Kurma Daging

Sedapp.. makan bersama nasi panazzzzz...msk malam tadi.. sesuai utk orang yg kelaparan balik skool nih...

Tuesday, May 12, 2009

Creamcheese Buttercake...

Pernah buat kek ni dulu... resepi dari rumah kak ummi supermum tuh.. request dr HB..plan nak buat kek span jer.. KIV dulu ek.. resepi dah entry di SINI sebelum ni..

Monday, May 11, 2009

Asam Pedas Terubuk

Yesss.......puas rasa dapat masak asam pedas hari nih.. rspi biasa asam pedas...sukatan agak2...msk campak2 jer.. kurang masin tambah garam ...pedas tambah gula..hahahaha..

Bubur Candil

Sedapppp.. dah lama tak mkn.. ni pun sebenarnyer bontrot masa pergi majlis Alumni Sabtu lepas.. hehehehe... tak larat den nak mengentel lawa cam nih.. rspi boleh gi di rumah kak ummi kuantan tu yerk...

Friday, May 8, 2009

Apam Comel Inti Kelapa


Resepi di MYR oleh Lilydvalley.. saja nak mencuba.. bila dah siap mengadun..baru perasan kehabisan paper cup.. so apam comelku nampak seksi tak menutup aurat...hehehe...TQ lily berkongsi rspi.. resepi copy paste dari SINI..

Bahan-bahan ( 15-20 biji ).. guna acuan kuih lompang ..+/- 70 biji..
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa:
kelapa parut
gula merah
1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan. masukkan inti kelapa
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
Utk Inti Kelapa:
Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

Untuk bekalan gotong royong di sekolah esok...

Happy Mother's Day...

Kad dari Farah//mommyotai tuh .. jalan2 rumah farah n angkut sekali kad nih..hehehe... TQ farah..Selamat Hari Ibu untuk farah juga...

A mother
A mother waits longer than others do
A mother worries much more than most will
A mother loves more deeply than most too
A mother gives until her heart is stillA mother just never gives up on you
A mother's love will forever be true...
Adapted from 'A Mother' poem by M.J.M 1999

Kad n poem dari Ultramama.. TQ za... Happy mother's day ..
Kad dari Kak Ina KL supermum n super cook juga... TQ kak ina n Happy mother's day...

I love your blog.. dr Anis...

TQ Aniss... akak juga suka blog anis... TQ again..

Tuesday, May 5, 2009

Bingka Labu

Projek yg ku kerjakan petang tadi.. selepas balik mesyuarat di PPD... walaupun byk kerja2 sekolah yg tertunggak n dihambat dengan waktu n pelbagai kerja yg ber 'due date'.. tetap mencuri masa mengintai rakan blogger yg rajin memask ... kepada rakan2 blogger yg singgah n mnyapa tapi tidak dijawap diharap jgnlah marah yer.. ada kelapangan sy tetap dtg mengintai dapur2 kaliannn... hari ni melayan labu yg dah setengah bulan di sudut dapur.. resepi Cik Mat Gebu di MYR... sedapp bingka ni tau...


Posing tepi.. corner kerakkkk..

jom makannnn...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin