Thursday, April 30, 2009

27 - 30 April.....

Berkursus .... Chek in di hotel... di bandar Kota Tinggi Johor..

Hari pertama....Minum time.. kul 10 am..

Hari pertama..Lunchhhhhh....


Lain2 hari.. sama jer...Tak byk cerita yg boleh dikongsi..yg ada penat n tension sahaja.. masak2 di rmh pun belum ada mood lagi... tunggulah 2 -3 hr lagi kot..

Sunday, April 26, 2009

Kuih Kaswi



Resepi Mat Gebu di MYR... mmg best kuih kaswi ni.. TQ cik mat..ampun yer.. rspi copypaste di SINI!!

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

BAHAN A :-)
350 g gula melaka
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water) .. tak letak..
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat ..( gani nescafe..)


BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam


Cara-cara
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering.

5. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
6. Jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Ubi Rebus

Ubi kayu pemberian Jai.. rebus jer n makan cicah kelapa bergula...kalau ada sambal ikan bilis tentu lagi sedap... terima kasih jai...

Saturday, April 25, 2009

Kek Buah Kukus Bersos Karamel

Memasak n berblog ni mcm teraphy.. suka2 n utk relis tension yer..disamping dapat bertukar pengetahuan n pandangan, menambah kwn n mengeratkan persahabatan.. hari2 mmg berkejar dengan masa.. so kena bijak mengatur n mencuri masa..
Ini laporan... projek 2/3 hr lepas.. tak sempat nak N3..hari ni dapur belum berasap... kebetulan hari ini ada LDP di sekolah.. hampir jam 1.30 ptg bru sampai rmh.. begitulah kehidupan menjadi pendidik.. teringat pesanan PK semasa taklimat tadi.. orang yang sabar sahaja boleh mnjadi guru.. guru tidak boleh keluh kesah..walaupun kerja lebih 6 hr seminggu..kdg2 7 hr... pagi, petang n mlm.. kerana itu semuanya amanah.. amanah yang ganjarannya pahala.. n gaji.. hari ni yang pasti 25 hb.. besttt.. kwn2 semua dah sibuk pergi square One.. smlm opening parkson.. hati rasa nak ambik bahagian jugak.. dahlah..
Mengintai resepi dari dapur CT.. yummy..yummy.. yang tak suka manis boleh gak mkn cam tuh jer.. rspi CP dr dapur CT..TQ CT berkongsi resepi..
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan buah campuran
2 sudu kecil parutan kulit oren
125 gm mentega atau marjerin
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan jus oren
Bahan sos:
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, buah campuran dan parutan kulit oren, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula sehingga ringan dan kembang. Campurkan telur, sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Kaup balikkan campuran tepung berselang-seli dengan susu cair dan jus oren.
4. Masukkan kedalam cawan atau mangkuk acuan yg telah disapukan gris. Kukus selama 15-20 minit.5. Hidangkan puding bersama sos karamel.
6. Untuk menyediakan sos, larutkan gula pasir kedalam air panas yg dicampur sedikit butter dan masak diatas api yg perlahan, kacau selalu sehingga sos sedikit pekat.

Friday, April 24, 2009

Cucur Jagung

Minum petang aka makan malam..... rspi Kak Nur.. yang hebat memasak tuh.. TQ kak nur berkongsi rspi yang enak ini...

Ayam Paprik

Masak balik sekolah.. jam 230 bru dpt makan.. itu pun puas memujuk minta anak2 tido dulu.. dah siap nnti ibu kejutkan.. rspi dr MYR... mudah rupanyer menyediakan ayam paprik nih.. lepas ni tentu ada 'again' n 'again'..

Wednesday, April 22, 2009

Raisin Roll Cake

Rspi asal.. Capuccino Roll Cake oleh Yani @MYR.. ubahsuai sedikit.. tak letak perisa capuccino.. cuma taburkan kismis ke dalam loyang sebelum memasukkan adunan tepung ke dalam loyang.. dalam gulungan tu menggunakan jem bluebery..

Tuesday, April 21, 2009

Scrambled Egg

Bekalan untuk anak2 ke sekolah... versi kanak-kanak..

Bahan2
3 biji telur
3 sb susu tepung
1 sb butter
sedikit garam...
sedikit minyak sayuran.

cara2:
1. Campurkan semua bahan2 kecuali minyak sayuran.. kacau rata ..memadai guna garfu saja..
2. Panaskan kuali.. msukkan minyak
3. Masukkan adunan n.. kacau /hancurkan telur hingga masak.. angkat..dah siap...

Monday, April 20, 2009

Puff Kentang

Buat semalam untuk minum petang... pastry menggunakan roti canai jenama kawan.. tunjuk cara boleh jenguk di sini.. utk dapatkan saiz puff yg kecil roti canai boleh di potong 2...

Sunday, April 19, 2009

Coffee Roll Cake

Yummy..yummy.. rspi Yani di MYR.. ubahsuai perisa....sekali hadappp..dah licinnn...TQ yani.. minta izin copy paste resepi... untuk dikongsi dgn kawan2 yang lain...or boleh juga terus ke sini

Bahan-bahan (30x30cm )

Cecair capuccino (.. tak buat...)
4 sudu besar capuccino
2 sudu besar air panas

Kek span
4 biji telur(L saiz)
60g tepung gandum
70g gula
1 sudu besar cecair capuccino...tukar coffee pes

Sirap (.. tak buat..)
1 sudu besar gula
1 sudu besar air panas


Krim capuccino ( coffee)
200ml fresh cream
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar cecair capuccino ..tukar coffee pes


Cara-cara
1. Sediakan cecair capiccino Campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan..( skip)
2. Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180 degree.
3. Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau meringue
4. Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1sudu besar cecair capuccino yg telah disejukkan tadi.
5. Letakkan 1/2 dr no.3 tadi ke dalam no.4. Mix sehingga sebati.
6. Letakkan tepung yg telah diayak ke dalam no.5. Mix lagi.
7. Kemudian lebihan no.3 (meringue) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
8. Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuk dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin.

9. Bakar selama 10 minit
10. Bila dah masak, keluarkan dari oven. alaskan kek dengan kertas minyak. Spray bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
11. Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim
12. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven plate. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yg dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.

Saturday, April 18, 2009

Potato Wedges

kihkihkih.. satu lagi hasil hari ini.. untuk minum petang ...lagi byk keje lagi tinggilah nafsu tekak nih..mcm2 nak mkn... buat keje mghadap laptop.. sambil mnyelam minum air sikit2... faham2 jer lah..

wedges yang sedapp..TQ noorsha..berkongsi rspi.. rspi copy paste dari dapur noorsha

Bahan²
2 biji kentang - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( tak letak...)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara²
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis..

Milo Shake...

Hasil hari ini.. akibat merayau2 di dapur alongroz n fiza nordin... myegarkannnn... slurpppppp...

Pening-pening...

Saat yang dah berlalu... penilaian kurikulum ke 2... dulu2 sebut ujian...sian tension sgt memasing tuh... ada yang megusap2 kepala..pening agaknyer.. kebykan sedang khusyuk menjawab soalan2 maut ekonomi.. saat yang belum berlaku..menanda pulakkk...


makan luar .. di Idaman.. licinnnnn.. alasan lazim bila kebizian...

sambung keje yg tak siap-siap... sambil tuh mengendap dapur2 blogger kaki msak... bila hb lalu kat belakang cepat2 minimize...hehehe.. ampunnnn

Thursday, April 16, 2009

Mango Mousse

Projek malam tadi.. selepas mengendap dapur kak zai.. buah strwbery lum tumbuh lagi kat rumah nih kak zai ..yg ada buah mangga.. so layan apa yg ada..rspi ubah suai sendiri''

Bahan2 ( 5-6 biji ramekin)
A
200 gm isi mangga*
50 gm gula pasir*
150 gm yogart plain/ stok yg ada peach so layan*

*blend hingga hancur..**

B
10 gm gelatin*
150 ml air panas *

Cara-cara
1. Satukan* n kacau hingga tidak berketul2...
2. Masukan bahan B ke dalam A n blend hingga sebati.
3. Tuang dalam acuan n sejukkan..

Sambal Tumis Ikan Bilis

Best gakk kalau makan sambal ni dengan mee siput ... Kak long mai datang rumah..bawa mee siput yer...hehehe.. makan dengan lempeng pun sodappp...

Tumis Air Kentang/Carot/Tauhu n Soohuun..

Tumis air... dah lama tak masak mcm nih.. sedapp gekkk.. pekene dgn sambal tumis ikan bilis n ikan selar goreng... jgn lupa nasi panas... dah selamat untuk makan petang nih..

Award lagik..drp Doc Inahar..

Award mesti ambik cepat2.. Tag ambik lambt2.. ampunnn...hehehe.. Terima kasih Doc.. atas ingatan n penghargaan ini.. award ini juga di panjangkan untuk rakan2 blogger yang lain yer.. anawahid, hana jepun, kak zai, kak ummi, leen, farah, masz, fiza nordin, alongroz, kak long, kak yong, kakchik,kakasma,catlina, ultramama, Nur,aziemas, cikmin n sesiapa yg singgah di sini...ikhlas..

Wednesday, April 15, 2009

Ayam Goreng Kunyit

Masakan untuk makan malam.. yg penting ada nasi panas.. mesti gerenti licinnnn...

Hadiah dpd Leen dan Along...


Award pemberian Leen..ibu yang rajin memasak tuh...Terima kasih leen atas ingatan ikhlas tuh..Sy suka blog Leen juga...nanti kalau ada lagi boleh beri lagi yer.. Tag tak moh..hehehe... byk hutang tag nih..bukan lupa ingatan.. bila soklan tag pjg2 tuh yg kene msuk buka hutang... pemberi2 tag tuh jgn marah n merajuk yer..
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog

2. Link the person you received your award from..http://yusleen.blogspot.com/ dan http://homekreation-recipes.blogspot.com/

3. Nominate at least 7 other blogs
Put links of those blogs on yours.







Semua blogs yg tersenarai n tak senarai sy suke... i luv u blog....

4. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated

Tuesday, April 14, 2009

Marble Cheese Brownies

Kerja sekolahhh..tak pernah abis.. minggu ni ujian so dah abis seksa membuat soalan.. pas ni seksa menanda pulak.. April ni mmg bulan yang mngerikan.. mcm2 penilai nak datang ambuss.. cluster skool, ISO n entah apa lagi.. belum date2 yang kene pergi kursus... yg pastinyer ujung bulan ni kene berkubang di Desaru (Kota Tinggi, Johor) ..bukan berbikini yer... fenin..fenin...
Satu cara nak ilangkan stresss... cooking2.. n makan2...

Resepi yang yummy..yummy.. Terpandang kali pertama di dapur Rinnchan.. kemudian melarat ke dapur Noreen, Hazila n CMG.. TQ semua..resepi copy paste dari dapur Noreen...


Bahan2 brownies:
250gm mentega
1 cawan (85gm) serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan (340gm) gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt esen vanila

Bahan2 cream cheese:
250gm philadelphia cream cheese
1 cawan (225gm) gula kastor
1 biji telurcara:
cara membuat brownies:

1. ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
2. griskan tin 10"x10" dan lapikkan dengan parchment paper. ketepikan
3. masukkan mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan
4. kemudian masukkan serbuk koko dan kacaukan rata (pastikan adunan tidak berbentil)
5. sementara itu pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker sehingga sebati
6. tuangkan ke dalam adunan koko tadi dan kacau rata
7. masukkan susu cair dan kacaukan sebati
8. setelah itu masukkan tepung dan kacaukan sebati
9. akhir sekali masukkan esen vanila dan kacaukan rata
10.ketepikan beberapa sudu besar (agak2lah) adunan untuk di paipkan ke atas cream cheese
tuangkan ke dalam tin kek dan ratakan
11. bakar pada suhu 175C selama 20-25 min


cara membuat cream cheese:
1. pukul cream cheese sehingga gebu
2. kemudian masukkan gula dan pukul lagi
3. akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
4. setelah brownies masak keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cream cheese ke atasnya
ratakan
5. kemudian paipkan adunan brownies yang telah diketepikan tadi ke atas cream cheese
6. lorekkan dengan menggunakan batang mancis ikut pattern yang disukai
7. setelah siap bakar lagi selama 15 min atau sehingga masak
8. keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuka barulah dipotong



fisrt time.. buat seni visual..


jomm makannn...

Sunday, April 12, 2009

Tetamu...

Menerima kunjungan balas dari Ana n Wahid.. leka berborak isu2 tak semasa..hehehehe.. seronok dan leka bertukar2 cerita... mcm 1001 mlm... sambil makan2 .. mee kari, bubur kacang n puding laici dangdut.... lain kali datang lagi yer...
Dak Ana yang ceria selalu n tak pernah lupa utk mengabadikan kenangan.. TQ ana n wahid kerana sudi bertandang...

Mee Kari..

Request HB.. mee kari sempoi jer..kebetulan ada tetamu nak bertandang so masak lebih sikit..sapa tuhhhh...

Bubur Kacang

Dah lama tertangguh nak membuatnyer.. walaupun mudah tapi..selalu ada saja menu lain yg menghalang..hehehe..ia ke tu...kira mcm tertunailah hajat pada hari ini...

Saturday, April 11, 2009

Puding Laici Dangdut...

Rspi dari dapur kak ummi.... terliur bila mdengar hana bercerita tentang keenakan mkn puding ni di rmh kak ummi..mmg sedapppp pun...TQ kak ummi n kak hanieliza kerana berkongsi rspi..

Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair

Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Friday, April 10, 2009

Pengat Labu 2..

Kegemaran HB.. anak2 tak brapa suka nak mkn benda2 camni.. anak2 kata makanan orang tua bu... ibu akan jawab ini makanan orang tua kayaaaa...kahkahkah....
Jemput makannn...

Tuesday, April 7, 2009

Cream Cheese Buttercake Tart

Betul ke nama tart nih...hehehe.. hana kata sedappp.. tapi mmg sedap pun.. plan asal nak buat bluebery cheese tart sempena nak menerima kunjungan tetamu yang sedang bercuti tuh..
Rspi pastry tart menggunakan rspi asal bluebry cheese tart (resepi.net: Alex Goh) n filling menggunakan rspi Cream Cheese Buttercake (1/2 adunan)... kek yang telah diuji keenakkan nyer oleh tuan rumah n kak ummi.. rspi asal dari Koleksi Resepi Diana..

Pastry Manis

Bahan2nya:
200 gm mentega
100 gm gula aising
1/4 st esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung
1 sb susu tepung


** Jem pilihan secukupnye.. sy guna jem nenas.. bluebery abis stok..

Cara-cara membuat pastry
1. Putar mentega & gula hingga gebu
2. Masukkan telur & esen putar hingga gebu3. Masukkan tepung & susu dan gaul sebati
3. Tekan pastri dlm acuan . Tusukkan garfu dikulit pastri dan letakan sedikit jem kegemaran.

Cream Cheese Buttercake

Bahan:-
100 gm mentega
100 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
125 gm gula kastor
3 biji telor (kecil)
125 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan)

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.5.
5. Sudukan adunan kek (paras rata menutupi jem) ke dalam acuan pastry tadi.
6. Bakar dengan suhu 180 C selama 20 minit @ hingga masak.

Tart inovasi sendiri...

Roti Jala n Kari Daging...

Sebahagian menu yang ku hidangkan untuk tetamu yang datang... sapa tuh..

Lunch utk keluarga.. kari daging, sayur kobis n popudumm.. saja masak kari daging lebih.. untuk minum petang ... kari daging vs roti jala..

Hadiah lagi...dari Anawahid





Deretan hadiah dr Anawahid pulak.. TQ Ana atas ingatan ini.. kecil tapak tangan,laptop ku tadahkan.. TQ again...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin