Sunday, March 29, 2009

Kek Santan

Dah lama mencari rspi kek ni.. masa kecik2 dulu mak selalu gak membuatnyer.. masa tu mak belajar membuat kek ini di kelas KEMAS di hujung kg.. TQ Sofinar@MYR kerana berkongsi rspi..Rspi di bwh C & P di sini

Bahan-bahan ( 15 orang makan )
4 biji telor gred A (kalau tak ada apa2 gred pun boleh lah, kalau gred C tu bubuh 5 biji)
360g gula pasir
1biji kelapa = jadikan 400 ml santan
8 helai daun pandan - diparut dan diperah bersama kelapa parut tadi
400g tpg gandum = diayak
4 sudu teh baking powder


Cara-cara
1. pukul gula dan telor hingga kembang
2. masukkan santan yang diperah bersama pandan tadi, dan kacau sampai sebati
3. masukkan tpg dan kacau hingga sebati
4. akhir sekali masukkan baking powder, dan gaul rata
5. griskan loyang dgn minyak dan masukkan adunan kek, bakar 180 C dan
bakar 45 minit

Hadiah dr CIKMIN..

Hehehehe.. hadiah bersama tag.. ampun cikmin ..hadiah angkut dulu ni..tag.. masuk buku hutang ..nnti ada msa panjang sy bayar semua hutang2 tuh.. psssstt..mlm ni nak buat soklan ujian sepatutnyer..tapi dah tsesat ke tempat lain.. TQ cikmin atas ingatan n penghargaan ini...

Saturday, March 28, 2009

Donut 2...

Donut..donut..donut.. teringat bila tgok donut mini di dapur Doc Inahar hari tuh.. bila smgat nak membuatnyer sampai..stok tepung abis.. sanggup ke kedai mbeli tepung..hehehe..dah tau resmi di rmh ni klau nak buat donut tuh laris mesti buat pd ujung minggu.. klau buat hr bkerja or sekolah nmpknyer kenelah buat promosi cam Mc D or pizza hut tuh.. n satu lagi nak cara mudah nak bereskan donut ni bawa jer ke sekolah.. tentu abis n yang pasti dapat berbakul2 pujian... skrip biasa " ..ni tentu zana buat.. ", " ..beruntungnyer HB n anak2..", " ..ee smpt ngko buat semua ni.." n "..sedap, sedappp...camna kau buat".. n ".. zana nak rspi.." ..kihkihkih.. yang bestnyer semua happy n TQ untuk geng2 di bilik guru tuh..

Friday, March 27, 2009

Gulai Lemak Ikan Masin

Bestttt..... layan dengan nasi panasssss... saja boh lebih cili padi.. bio pedassss... rspi biasa2 jer.. rasanye semua orang pandai msk lemak nih ek...

Hadiah dari NUR n Catlina


Ampun Nur.. terlupa nak mengangkut hadiah ni dr rumah nur.. jgn marah ya.. Terima Kasih byk atas ingatan Nur pada akak.. Smga kehidupan Nur sentiasa dilimpahi kebahagian dan rahmat..amin.
dan Hadiah ini juga pemberian Doc Catlina.. TQ Cat n Tahniah kerana telah mendapat cahayamata.. Selamat Menempuh Hari Berpantangggg... n Smga bahagia berpanjangan n sentiasa dulimpahi rahmat..amin..

Wednesday, March 25, 2009

Puding Roti again...

Sebeno nye mmg belum ada mood nak memsk..keje2 sekolah pulak banyak yang perlu dibereskan.. so layan puding roti utk minum petang..

Friday, March 20, 2009

Cupcakes Wedding

Mendeco cupcakes bersama anak saudaraku.. pic angkut dr blog syafeeq spiderman.. cerita lanjut boleh baca di sini

Muffin Lemon n Coklat Chips

Dah berlalu...saja nak post pic di sini.. sementara nak mengumpul mood memsk....
Resepi Doc Inahar Ali.. sedapp n manisss..cuma tak letak coklat chip yang banyak.. TQ Doc...

RESEPI MUFFIN LEMON & COKLAT CIP
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
cawan susu segar
1/4 cawan minyak @ butter dicairkan coklat cip (bnyk ikut suka sebenarnye)
1 biji lemon - ambil jus & parutan kulit dari 1 biji lemon
3 suduteh baking powder sedikit garam

cara2:
pukul telur bersama gula sampai sebati then tambah minyak,susu,garam,lemon jus beserta parutan kulit lemon dan kacau lagi sampai sebati. then tambah tepung yg telah diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan coklat cip dan kacau rata (jgn terlalu lama).bakar pd preheated oven @ 180c selama 20 minit.(sebelum bakar bolehla di taburkan coklat cip kt atas muffin tu ikut

Wednesday, March 18, 2009

Pertemuan n Cenderahati..

15 Mac 2009.. at last pada hr yg sama dengan walimatul urus adik sy, pada sebelah petang saya bersama anawahid sempat bertemu Hana di rumah ibubapanyer di Seri Medan..sayang tak dpt bercerita panjang..faham2 jerlah..dengan badan yg penat n mata yang mengantuk..tetap gagah bersemangat nak bertemu anawahid n hana di alam nyata.. nasib baik si anawahid yg peramah giler tu yang menjadi penstabil keadaan.. harap2 selepas ni ada masa n peluang untuk berjumpa n bercerita lagi.. selepas ni tak sabar nak tunggu cerita n celoteh anawahid di blog nyer pula..picture??? kene tunggu ihsan dr hana.. coz kita org dtg berlenggang kangkung.. balik berlenggang bayam bawak ole-ole.. hehehe...

Wedding Day 15 Mac 2009

Majlis yg ditunggu ketibaannya.. akad nikah dengan sekali lafaz sahaja..Alhamdullilah.. smga bahagia berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Biasalah..bila jagi pengantin kenelah bersanding... persandingan selepas majlis pernikahan..

Hantaran daripada pengantin lelaki..

Balasan daripada pihak perempuan.. cuppies tu saya yg buat atas request adik..
Gambar persandingan sebelah petang n makan2 tak dapat nak ambil..(kene tunggu sumber dpd jurufoto berbayar)..masa tu teramatlah sibuk..almaklum kakak sulung pengantin.. kwn2 n saudara jauh dan dekat ramai yang hadir.. TQ kepada semua yang hadir..

Friday, March 13, 2009

Award dr Doc Inahar..

TQ Doc Ina.. atas ingatan.. ampunnn coz lambt mengangkut.. n sekali lagi TQVM...

Sesiapa yg memberi tag n belum tertunai tu..hrp dpt bersabar.. n tungguuuu...

Wednesday, March 11, 2009

Walimatul Urus Adik- Part 2

Cenderamata untuk tetamu...
Gotong royong mendirikan khemah



Rozet utk kendarat..
date: 7/8/9 Mac 2009

Thursday, March 5, 2009

Carrot Cake


Resepi dr dapur n angkut juga dari Doc Inahar .. doc kata klau mkn dgn CC icing lagi sedap.. tapi tak larat lak nak mengising..so layan plain gitu jer.. so kelarisan nyer pun berkuranggg.. TQ Doc Inahar berkongsi rspi..

RESEPI KEK LOBAK MERAH
Bahan2nya:
200 gm carrot- diparut & kukus(tp i x kukus pn..maleh..hehe)
250 gm tepung gandum
200 gm gula perang
200 gm minyak jagung
4 biji telur grade A
70 gm badam @ walnut - cincang
70 gm kismis
3 keping nenas tin - cincang kasar
2 sudu teh baking powder
1 suduteh soda bicarb.
1/2 suduteh serbuk kayu manis
1/2 suduteh serbuk palaesen vanilla and esen lemon
sedikit garam

Cara:
Masukkan semua bhn kering. pukul telur & gula hingga kembang than masukkan minyak dan pukul hingga sebati perlahankan putaran & masukkan bhn kering.
masuk lobak,nenas,badam,kismis.
kacau sebati and bakar pd suhu 180 selama 45-50 minit (bergantung oven masing2)

Aktiviti yang dah berlalu...

Minum petang.. samosa segera.. JB mari.. sedap pulak tu.. tak cukupppp...TQ my sis..

Tak ingat bila.. beli tapaw.. roti nan.. untuk mkn mlm

Ahad 1 mac.. mencuba Nasi Ayam Warisan Gemas.. berhampiran Carrefour BP..

Tuesday, March 3, 2009

Monday, March 2, 2009

Walimatul Urus..Adik..Part 1



Tugasan hujung minggu..Kru2 lelaki sedang berkerja keras.. membungkus ole-ole untuk tetamu..

Cenderahati...

To be continued....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin