Thursday, February 26, 2009

Cucur Nasi Ikan Bilis


Sumber rspi ..Kak Faridah.. TQ kak berkongsi rspi yang enak ini..
Bahan2
1 cwn nasi*
1 cwn air* * diblender..
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji kentang di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera
Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara2
1. Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
2. Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
3. Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
4. Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis..

Award lagi.. dpd Doc Inahar n Doc Catlina

TQ Doc Inahar n Doc Catlina.. Super Duper Chef!! n Sweet.. hehehe.. Chef dan Sweet untuk 4 org pelanggan tetap... lebey2 tak da lah... Smga Doc Ina n Cat pun sentiasa Super Duper n Sweet..
Award ini juga ikhlas dipanjangkan untuk Chef yang super duper n sweet yang lain..

Wednesday, February 25, 2009

Chocolate Cake


Kek untuk tuan rmh yg stressss... n boleh gak panggil cake remote control.. my sis yg mengadun.. sedap sis.. rspi kek dr dapur Sweetlily, Ganache dr dapur kak ummi kita yang rajin tuh.. TQ berkongsi rspi..

Sumber: Ida Merpati Fp
Bahan-bahan:
250 grm butter
250 grm tepung naik sendiri
360 gram gula castor /icing
6 biji telur ayam
1 sudu esen vanila - tak letak
1 sdt baking powder

Coklat Paste
1 cawan coco
1 cawan air
3/4 cawan gula icing
semua bahan nie masak hingga likat

Cara membuatnya:
- Pukul butter + Gula + Telur + esen hingga kembang.- masuk coklat paste di ikuti adunan tepung.
- gaul rata dan masuk dalam loyang.
- bakar suhu 190'c selama 40 minit.(bakar suhu 170'c selama lebih kurang 50 minit)

Bahan Untuk Ganache/Icing:-
1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam


Cara Membuat:-
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.

Award dr Leen n ......hutang tag

TQ Leen.. tak da lah super sgt leen.. bila sempat jer dpt update.. anyway ..TQ juga untuk kwn2 cyber yg tak jemu2 berkunjung n berborak...

Taggg.. Doc Ina n Masz...ampunnn.. masuk buku hutang dulu...

Monday, February 23, 2009

Cinnamon Raisin Rolls...again..

hehehehe.. buat lagik... terliur tgok di dapur Doc Inahar tuh... menggunakan rspi yang sama seperti di N3 yg lepas... jom makan...

Ole-ole dari Cikmin

oooooh.. TQVM Cikmin.. atas ingatan.. smga pershabatan cyber yg terjalin bertambah erat.. Jakarta??? ..belum sampai rezeki nak ke sana.. tunguuuu...

Saturday, February 21, 2009

Cinnamon Bun


Masih buzy n penattt... smlm jam 5 ptg bertolak ke Kulai.. tiba di R & R Macap stereng bertukar tangan ..kesian melihat HB yg mgantuk.. smpi di Kulai.. suami sambung memandu.. jam 7.00 bertolak dr Kulai ke Kluang.. jam 9 mlm bertolak balik ke BP...singgah mkn n smpi rmh jam 11 mlm.. itulah urusan ekpress yg telah diselesaikan.. Hari ini seharian menyelesaikan urusan yg tak pernah selesai di rmh.. sambil2 tu.. menyediakan roti untuk minum petang.. roti kali ini menggunakan rspi di dapur Leen yang hari2 rajin memask tuh... TQ Leen..

ROTI ASAS CHEF ANUAR
400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh)
1 gm bread improver (optional)-tak letak..
6 gm garam
50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
48 gm gula castor
12 gm tepung susu.
60 gm marjerin( ..guna butter
190 ml air

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan.. sy guna BM..
3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min


Bahan2 Inti

4 sb butter*
6 sb brown sugar*
1 sk serbuk kayu manis*

* gaul rata..

Wednesday, February 18, 2009

Creamcheese Buttercake

Sepanjang minggu ini sebenarnya agak sibuk dengan sukan kecil dan kejohanan olahraga di sekolah(19 fEB 2009) ... tapi tetap ku mencuri masa untuk mencuba kek yang telah mencuri hatiku untuk diuji .. Hasilnya:...Kek ini memang gebus, lembut yang paling penting ialah sedapppp... meminjam kata kak ummi ''lembut dengan campuran creamcheese dan butter dan sedap dengan rasa jem pilihan yang diletakkan sebelum dibakar. Jem akan mendap masuk ke dalam kek menjadikannya betul2 best dan ia juga tidak terlalu manis!!...'' Resepi sumbangan Babybatriesyia (FRD) kak ummi ambil dari blog Diana.. dan saya CP dari dapur kak ummi..Thanks for sharing..

Bahan:- (loyang 8x8 inci)
200 gm mentega
200 gm cream cheese (..guna Philladelphia cheese)
250 gm gula kastor

5 biji telor
250 gm tepung gandum (..guna tpg naik sendiri..)
1 sudu teh baking powder(..tak letak..)
sedikit jam (ikut pilihan) untuk hiasan (*guna Rasberry jam)


Cara Membuat:-
1. Ayak tepung bersama baking powder. (ayak 3 x)
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (kembang dan memutih).
3. Masukkan telor sebiji demi sebiji. (Pukul telor setiap kali dimasukkan hingga sebati baru dimasukkan yang seterusnya.) Setelah semua dimasukkan, pukul agak lama sedikit hingga kembang, putih dan ringan.
4. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan kaup balikkan satu arah hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Ratakan.
6. Tabur/sapu perlahan jem di atas adunan tadi. (Sebahagian jem akan mendap masuk dalam kek ketika dibakar.)
7. Bakar dengan suhu 180 C hingga masak. (bakar pada suhu 165C selama 45 minit). Bila masak, buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru dikeluarkan dan sejukkan di atas redai.

Sunday, February 15, 2009

Easy Pasta Bake

Dah lama teringin nak mkn pasta bake ni..kali pertama terpandang di dapur si Hana Jepon tu.. lepas tu ramai ler kengkwn cyber yg mencuba .. la ni semuanyer dah tak teringin lagik kot .. hehehe..so di pagi mggu yg aman ni ku ambil kesempatan utk bersilat didapur memsk pasta ni.. menggunakan rspi mutiarazura di MYR.. TQ tuan punya rspi atas rspi yang enak ini...ubah sikit utk disesuaikan dgn tekak jawaku ini..

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket macaroni)
300 gram ayam cincang
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus

4 sb lada kisar
4 sb sos cili
1 tin sedang tomato puri - (...guna sos spagegheti Prego)
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 batang celery – didadu


Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa


Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam


Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan lada kisar. Kacau rata hingga lada msk. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging masak.
3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
4. Masukkan sos spagetti Prego dan sos cili. Biar mendidih dan naik bau.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
6. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.

7. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.


Cara melapis :

1. Dalam bekas tahan panas,mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
2. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
3. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.


Jom makan....

Saturday, February 14, 2009

Kek Span Coklat 2..

Kek yang ku kerjakan semlm.. dah lama anak2 request kek span ni.. kek span lapisan atas atas tu menggunakan rspi SL n sebelah bawah tu rspi sweet4ever..mendeco..hehehe..mmg tak berbakat.. lihatlah hasil kerastangan ku itu.. nsib baik guna creamcheese.. laju sikit anak2 mkn.. cuti sekolah nanti nak ambuss KAKLONG tauke muffin tu blajo deco2 cake.. rspi utk cream tu angkut dr dpur hana.. begitu juga dgn rspi cake..TQ SL, Sweet4ever n Hana juga Aishah..

KEK SPAN COKLAT

Sumber: Sweetlily -SL

Bahan-bahan:
4 biji telur
120gm gula kaster
1 camb ovalette -(tak letak pun tak pe..)
80gm tepung gandum
1tsp baking powder20gm serbuk koko
65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Cara membuatnya:
1.
dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar menggunakan kelajuan maksimum berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan..
3. Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ,tuang dalam loyang berukuran 8".
4. bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 /40 minit


KEK SPAN PANDAN

Sumber: Sweet4ever

Bahan-bahan
tepong super fine - 150 gram
gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
air daun pandan - 80ML
minyak / mentega cair -80ML
pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
sedikit pewarna hijau [x]


Cara-cara
1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
3. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

BUTTERCREAM
resepi asal dr aishah.
Bahan-bahan
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
Cara-cara
> pukul semua bahan sampai putih n soft.
> sapukan terus ke atas kek. atau masukkan ke dalam piping bag utk deco corak2 atau bunga.

Friday, February 13, 2009

Happy 17th Anniversary..

13 February 1992...

Kebahagianku... Aimman n Syamira.. Syukur Alhamdulillah.. semoga kehidupan kami sentiasa di beri rahmat oleh Allah SWT.

Wednesday, February 11, 2009

Classic Waffles

Rspi dari koleksi Diana.. selongkar lagi dpur D nampknyer.. TQ D.. sedappp mkn ketika panas..lepas ni tak yah lagi sibuk2 nak beli waffles... anak2 ku makanlah puas2.. hehehe..

Allrecipes.com - Classic Waffles
Bahan-bahannya
2 cawang tepung serbaguna
1 sudu teh garam
1sudu teh baking powder
2 sudu besar gula pasir ( ...letak 5 sudu)
2 biji telur
1 ½ cawan susu suam
1/3 cawan mentega, dicairkan
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, garam, baking powder dan gula. Ketepikan. Panaskan alat membuat waffle kepada suhu yang anda inginkan.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur. Masukkan susu, mentega dan vanilla dan gaul rata. Tuangkan cecair ini kedalam mangkuk yang mengandungi tepung. Pukul rata sehingga bahan-bahan sebati.
3. Sendukkan adunan keatas alat membuat waffle. Masak waffle sehingga ia kekuningan. Hidangkan panas.

Tuesday, February 10, 2009

Roti Jala

Dah lama menunggu saat nak mengirai.. selalu jerk ada rspi yang potong Q.. bila ada kari daging..mesti teringat roti jala..lepas ambik aimman tuition.. bersilat mengerjakan roti jala pulak.. rspi dari gobok di dapur kak ummi supermum tuh...rspi asal oleh Ratna @ CikBawang. TQ Kak ummi n Ratna.. CP yer...

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Cara Menyediakan:-
1.
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
2. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Puding Karemel

Puding Karemel lagik.. sejuk jerk bila lalu kat tekak... hehehe..masih menggunakan rspi Alia di MYR mudah n yummy..yummy.. rspi cpypaste n ubah suai sikit jer..TQ Alia

Bahan-bahan
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
4 biji telur
2-3 titik esen vanila

[ Karamel]
5 sudu besar gula2 sudu besar air

Cara-cara
1. karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Kari Daging

Lauk lunch semalam.. kari daging.. sedap layan dengan nasi panasss, sayur kobis goreng.. ada lak sambal belacan..

Sebelah petang.. htr aimman ke tuition..slps tu gi Care 4 n Jakel.. sempat membeli papa roti..lapoo bu..


Jom mkn... if u drive, don't eat...hehehe..

Monday, February 9, 2009

Breakfast,,,Mee Hoon Goreng n Prattha Puff

Karipap Giant... (Prata Puff)..
Breakfast pagi tadi...

Ubi Ungkep

Mungkin ramai yang tak pernah mkn ubi ungkep ni.. menu biasa masa kecik2 dulu..klau anak2 skrg bwa bekal spegeti..or sandwich ..tapi mak nya dulu berbekalkan ubi ungkep or ubi getuk saja ke sekolah.. tak tau ler si anawahid manto wong jowo tu.. pernah mangan atau ora.. sorang lagik si jawa yg dok kat jepun.. sempat merasa ubi ungkep ni ke tak..

Bahan2
1 kg ubi - potong spt nak merebus n bersihkan..
4 sb ketumbar*
3 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..

sedikit kunyit/serbuk
garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2.
1. Tumbuk bahan*.
2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
3. Masukan ubi dan gaul rata
4. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
5. Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api..


Award dr Masz , Doc Catlina n Anawahid..





Perkerjaan seterusnya kerja2 angkut mengangkut.. TQ kpd Masz ,Catlina dan Anawahid .. tanpa anda semua siapalah saya ni..uwaaa... TQ, TQ, TQ again untuk semua..

Tag Ultramama...

Melangsaikan tag Ultramama.. ada lagi tag yang masih utang..uwaaa..tungga yer fiza nordin..jgn marah.. hari ni nak cashkan dulu tag yang senang ni..

The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.Go to the sixth picture in that folder.
Put the picture on your blog and the description of it.
Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.Cerita gambar...Sebhgn warga pendidik SMKDBL sedang menikmati percutian percuma 4 hr 3 mlm di Langkawi.. pada 16 Mei 2008.. Hadiah percutian dari Kementerian Pendidikan sempena kejayaan cemerlang dlm STPM..bergmbr di lobi BayView Hotel..sepanjang perkhidmatan ..inilah saat2 yg paling mgembirakan apabila dpt melancong bersama kwn2 yang ada mcm2 ragam dan cerita.. walaupun ditempatkan 2 org sebilik , kami tetap berkubang ramai2 dlm satu bilik...
dipendekkan cerita.. muka 2 di atas tu sebenarnya dah tak sabo nak membuat pelaburan di Langkawi.. RM 1500 yang ku bawa hanya berbaki RM 50 saja.. soping giller...sib baik HB dah warning..jgn bawa wang plastikk..hehehe.. begitulah bila sekali2 berjln n soping dgn kwn2 .. bila tanya kwn.. tak da yg kata jgn beli.. ayat yg kluar cantik tu, murah tu.. belilah nanti blik menyesal tak beli..klau soping dgn HB.. kau org pun tahu ayat apa yg akan kuar dr mulut HB masing2 yer.. mengumpat HB lak..ampunnn yang..... dah stop sini yer...
Tag ini dipanjngkan kepada rakan2 bloger yang sudi..n ada masa yer...

Friday, February 6, 2009

Udang Masak Lemak

Untuk makan malam...makan sikit jerk.. buat ubat.. mmg berpantang..tapi pantang jumpa... belasah jer...

Puding Sagu

Blik skool.. mmg lapoooo...ini jerk yg ada dlm asbok.. buat smlm..dah lama tak buat puding ni.. bila terlihat di dpur kak ummi terus terasa2 jer kat tekak ni..so layannn untuk mengisi perut yang lapo ni.. nasi lum msk lagi..

Thursday, February 5, 2009

Wednesday, February 4, 2009

Air Longan

Beli longan kering..rebus.. tambahkan sedikit gula...

Award dr Doc Catlina n Kak Long




TQ Doc Catlina n Kak Long.. Semoga persahabatan cyber kita dan rakan2 blogger yang lain berpanjangannnn....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin