Saturday, January 31, 2009

Mini Pizza

Makan malam... guna rspi yang dah entry sebelum ni..


hiruk pikuk di meja makan...


sebelum kebakaran... hello bomba..

selepas 20 minit 175C kebakaran...

Jom makan....

Puding Susu Koktel

Buat semlm.. favorite keluarga.. musim2 panas ni.. mmg best dapat mkn yg sejuk2 mcm ni..
rspi asal oleh junjs11 di MYR.. selalu juga buat puding ni.. mudah, sedap n menyegarkan..TQ jun.. rspi CP n .. ubahsuai sikit.. saya tambahkan 1 sk esen vanila..

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur ..
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail


Cara-cara
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan
.

jemput makan..

Breakfast..

Keropok lekor Mersing.. pemberian Ust Rokiah.. TQ kak..

Cekodok pisang tanduk.. pisang dr kg.. ada sebiji lagi ni..dah tak tau nak buat apaaaa...

Friday, January 30, 2009

Nasi Tomato

Lunch hari ini...

Bahan2
3 cwn beras basmathi(bersih & toskan)
1/2 biji bwg besar hiris nipis*
1 biji bwg besar (belah 8)*
4 ulas bwg putih(hiris nipis)*
2 cm halia( hiris nipis/halus)*
1 btg serai(ketuk)*
1 biji tomoto(cincang kasar)
1/2 cwn sos tomato
2 sb minyak sapi + sedikit minyak
1/2 kuib ayam
3 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit garam

Cara2
1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 bradik, tumis bahan* hingga wangi
2. Masukan tomato, kacau hingga layu.
3. Masukkan kuib ayam, garam, n sos tomato, kacau rata 2-3 minit.
4. Masukkan beras n kacau sehala hingga sebati.
5. Masukan susu cair n air. Biarkan hingga nasi masak.

Ayam Masak Tomato

tgok pic dulu....

Bahan2
1 kg ayam, bersihkan, boh kunyit, garam n goreng hingga masak.
2 biji bwg besar*
5 ulas bwg putih*
2 batang serai*
* blender
4 sb lada kisar (boleh tmbh/kurangkan)
1 biji bawang besar (belah 8)
1 cwn sos tomato ( boleh kurangkan)
2 biji tomoto (belah 4)
rempah 4 bradik..
sedikit garam n gula
minyak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 bradik, tumiskan bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan lada kisar, biarkan hingga naik minyak.. masukkan bwg besar..kacau rata,bila layu masukkan sos tomato..perasakan garam n gula..kalau kering tambahkan 1/2 cwn air.
3. Masukkan tomato, biarkan sebentar.
4. Masukkan ayam n gaul rata.. dah siap..

Donut

Bila tgok sana sini ada donut.. so teruja jugak nak mendonut.. untuk sarapan hari ni... rspi oleh donut di MYR.. tak letak pelembut.. tpi tetap lembut n gebuss.. TQ donut berkongsi rspi..

Bahan-bahan ( 20 biji sederhana saiz )
3 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR GULA

11 GRAM YIS
2 SUDU BESAR AIR
3/4 CAWAN SUSU CAIR
1 BIJI TELUR
3 SUDU BESAR MENTEGA
1/2 SUDU KECIL GARAM
1 TITIK ESEN VANILA (JIKA MAHU)
1 TITIK ESEN ROS (JIKA MAHU)
1 1/4 SUDU TEH PELEMBUT BIO BOSTAN(tak letak...)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam BM (no.10)
2. Keluarkan dr BM dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.
3. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
4. Terap doh.Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
5. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja
.

Thursday, January 29, 2009

Pengat Pisang again...

Jemput makan... pengat pisang tanduk..

Kek Batik


Sedapppp.. juga projek di kg...dah lama tak mkn.. teringat masa zaman di 'U' dulu2.. mudah saja menyediakannya..byk gak rspi ni ada di MYR n blog2 kaki msk.. TQ semua yg mnjadi sumber rujukan..

Bahan2

1 bks/350 m biskut marie perasa ori- patah 4
125 gm butter*
2 biji telur*
1/2 tin kecil @ 1 cwn susu pekat*
1/2 cwn serbuk koko*
1/4 cwn air*
1 sk nescafe*
1 sk esen vanila*

Cara2
1. Campur semua bahan * dlm kuali.
2. Kacau rata dan masak atas api perlahan hingga pekat n berkilat
3. Tutup api dan masukkan biskut n di gaul rata
4. Tekan dlm loyang, masukkan dlm peti ais. Selepas 1/2 jam sedia utk dimakan..
P/s.. tektur biskut masih ranggup.. seisi keluarga suka jenis ini.. so sesiapa yg suka tektur biskut yang lembut kene cari rspi yang lain ye...

Wednesday, January 28, 2009

Moist Chocolate Cake

Buat di kg... rspi dari gobok hana..dr dapur kak ummi..TQ kak Ummi n Hana.. moist n sedapp.. tak sempat boh ganache..dah kene serbu..maklumlah di kg.. semuanyer sedap bila dah ramai2 tu..rspi copy paste.. TQ again...
Bahan-bahan
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
1 cawan gula halus
2 biji telor gred A
125 gm butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh nescafe *
1/4 cawan gula halus *
1/2 cawan air panas *
1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-
100 gm coklat masakan
50 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh butter

Cara-Cara
Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..
Untuk Ganache: SAtukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam an tuang atas kek coklat tadi...

Cuti Tahun Baru Cina..

Limau mandarin.. pemberian jiran sebelah kanan n kiri rumah... selepas anak2 balik tuition terus balik ke kg.. di parit sulong yerk..bukan di melaka..hehehe.. nak berjalan jauh rasa tak larat n anak2 pun lebih excited nak bercuti di kg..so 5 hari di kg mmg terasa puas bercuti kali ini..hari Selasa terasa pula bawa abah n mak berjln2.. so ke melaka lah anak branak..cuaca mmg panas.. cam biasa mood nak berjln pun mjadi kureng.. so layan lah anak2 yang nak ke mahkota prade n dataran pahlawan..
Menara Taming Sari.. dua kali round tak dpt parking.. bertambah2lah hot..
Crocs.. penangan si syamira.. abah kata belikan jerk lah kan anak perempuan sorang..hehehe.. kat sini lah dia buat hal.. nak beli kasut crocssssss..nmpk cam kasut biasa jerk.. yg cetak rompak pun byk.. tapi anak dara brand ni mmg tak nak yg cap ayam punya..

kaki syamira.. walaupun saiz 7 saja belikan saiz 8.. kasut wawasan.. bdk2..cepat beso..


harga yang perlu dibayar... pas tu..jom balikkkkk... smpi rmh mak mlm...

Aktiviti anak bujang ku pagi tadi.. apa lagi panjat pokok...

Hari ni balik ke rumah.. bila balik rmh..bermakna mulalah ingat keje..keje..keje.. sempat singgah ke klinik.. mmg bdn dah terasa tak sihat.. selsema/sinus..doc beri antibiotik lagik.. pergi klinik ni bila sakit ni cam serius..klau sakit biasa2 gi klinik Aliza.. kene sound dgn doc..naper tak teruskan ambik ubat kolestrol /covastin..ubat ni mmg sepatutnyer kene trus mkn..awak muda lagi..blah..blah..blah.. mmg suka jumpa doc ni.. semua yg doc kata mmg betul..hehehe.. TQ doc..

Saturday, January 24, 2009

Kek Pisang Ala English

Kek pisang dgn aroma kayu manis..tak brapa manis.. n lebih sedap mkn bersama air kopi..bersemangat nak mcuba bila terlihat kek ni di dapur kakzai..rspi oleh princessharyati di MYR..n CP 100%.. TQ princess...

Bahan-bahan ( 5 org )
180 gm tepung
2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
70 gm butter
3 sudu gula putih
2 sudu light brown sugar
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen wanila
1 biji telur
utk hiasan;
pisang di potong seperti dlm gambar
serbuk kayu manis
gula pasir (guna gula perang)


Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi,

2. kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg.
3. masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat .
4. Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya.
5. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.

Friday, January 23, 2009

Nasi Goreng Cendawan

Pernah nampak kat dapur anawahid dulu.. minggu ini sebenarnyer byk mkn di luar.. penat n busy.. smlm bila terpandang periuk nasi dalam esbox ku ,Na'huzubillah... dpt kau org bayangkan.. lupa nak snap pic.. my HB punye keje lah tu.. dah malam mls nak salin kan nasi tu.. so semua boh dlm esbox.. so dlm kepenatan n kebuluran.. goreng jer nasi ni..boh segala apa yang patut.. tambah cendawan.. hasil skodeng di dpur anawahid.. pas tu goreng sikit keropok trengganu yang diberi oleh kwn2 di sek...dah siap.. jom makannnnnn...

Resepi Chocolate Bread Pudding

sekadar hiasan.. yummy..yummy..
ingredients....

ingredients for hot fudge sause..


method..
minggu ni telah dilanda kepenatan n kemalasan.. so ni jerk ler hasilnya.. untuk tatapan kakchik,catlina, kaklong n sape2 yang bekenan dengan puding nih.. lupa lak.. juga untk anawahid yg teror masak n menguli roti tu.. dengki sikit jer..hahaha..untuk nurulhuda... klau akak translate rspi ni nnti jadi mende lain lak..hehehe.. rasanya cara2 tu sama jerk dgn buat puding roti biasa....

Tuesday, January 20, 2009

Chocolate Bread Pudding




Buku rspi....

bahan2..

cara-cara..

Rspi dr buku... anak2 suka lak puding ni...tekak ni rasa yg plain lagik sedapp.. tak larat nak entry rspi... lain kali lah yek..

Sunday, January 18, 2009

Prattha Puff Kentang & Carot

Inspirasi dari Dapur Impian @kak zai.. menggunakan roti canai segera jenama 'kawan'.. ubah suai inti.. melayan kentang yang dah mula mengeluarkan tunas ,carot dan isi ayam msk mcm inti karipap biasa n tambahkan sedikit daun sup n daun bwg....
buat 5 keping karipap giant...sebenarnyer sekeping puff ni boleh mkn 2 org..hahahaha.. kekenyangan anak branak.. pandai ibu msk.. puji anak2.. TQ Kak Zai utk inspirasi ini...

Sekeping roti canai, letak inti, lipat 2 n kelim tepi spt karipap, sapu kuning telor..
Bakar 200C selama +/- 25 minit





Tag dan Award dari Hana

Jutaan Terima Kasih untuk Dik Ina yang jauh nun di Jepon sana..

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari HaNa'FamiLy..
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

10 fakta/hobi diri sendiri ...apa yerk.. aaaaaaaa...

1. Suka hujung bulan...$$$$
2. Suka shopping baju, tudung,bhan2 bakery..
3. Suka masak bila stresss.. bukan makan yer..
4. Suka warna coklat n hijau...
5. Suka beli majalah, cooking book.. walaupun kkdg tak baca pun..
6. Suka adik2 perempuan sama2 balik kg, msk, makan, lepak, borak, gosippp..
7. Suka main Petanq n tgh kemaruk main Bowling walaupun selalu dlm longkang..
8. Suka merayap kat dpur2 blogger.. bukak gobok cari rspi..
9. Terbaru suka ke kedai fittnesss..
10. Anak sulong,6 beradik 3L n 3P..cam hana gak..

11. Lastly...Tak suka cakap tak serupa bikin...hehehe..

4. Anda perlu memilih 5 orang penerima Award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda.. tak tau sebenarnyer nak beri sapa..coz nmpk ramai yang dah buat.. blogger pilihan yang layak seterusnyer ialah.. tak paksa yer.. tak da niat apa2.. just suka2..

> Doc Inahar
> Leen
> KakLong
> Hazila
> Amybesttt..

Saturday, January 17, 2009

Fadilat Al Fatihah..usaha dan tawakal..


(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannya dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye.waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin