Monday, December 22, 2008

Prune Muffin

Breakfast cover smpi minum petang.. boh perasa coffee.. frust ni ...tak volcanopun.. rspi dr RinnChan..rspi pun angkut dr Rinn.. TQ rinn berkongsi rspi..bila2 nak try lagik.. smpi volcano..

MUFFIN PRUNE
Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar 60g butter,
dicairkan 130g pitted prunes, dihiris kasar
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min.
Petua dr Rinn: Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teksturnya lembut, petua biasanya adalah..jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung....

2 comments:

  1. k.na...kita kalau wat masuk dlm try muffin mmg kurang menjadi valcanonyer.. tp klu dlm cup sajer cantik jerk valcano tuh...

    ReplyDelete
  2. dlm cup tuh hana..suhu akak boh 180 sepatutnye 200 itu pun dah geseng bwhnye..muffin try ada, cuma muat 6biji jer.. dlm cup senang boleh boh byk2 cup tu..

    ReplyDelete